SPM 24/9/2011

Hari ini mungkin menjadi SEJARAH bagi warga IPG Kampus Pendidikan Islam, Pengarah, JPP 2011 dan juga diriku dan keluarga. Muncul di kaca tv untuk ditemu bual bagi rancangan Selamat Pagi Malaysia TV1 secara siaran langsung tidak pernah terlintas di fikiran aku. Sempena Karnival Raudhah dan Keusahawan JPP, RTM menjadi salah satu penaja utama dalam menjayakan program mega ini. Walaupun mungkin ada yang menyatakan 'RTM je pun' tetapi cukup la ' RTM je pun' dapat membawa dalam mempromosikan program kami ini dan sekali gus dapat memperkenalkan IPG KPI di mata masyarakat. Guru mampu melakukan apa sahaja bukan hanya berada di sekolah dan mengajar semata-mata.


Bukan kerana masuk tv yang sebenarnya aku ingin kongsikan tapi aku akan ceritakan disebalik kisah hidup sepanjang memegang amanah ini.

Sebaik sahaja  ditaklifkan untuk memegang jawatan sebagai  Yang Di Pertua JPP ini, aku merasakan ia merupakan suatu amanah yang sangat berat yang mesti aku laksanakan sebaiknya. Bukan aku yang inginkan jawatan ini, namun telah terpapar di suratan takdir bahawa Fakrul Hafiz menjadi YDP JPP 2011. Bukan mudah untuk memimpin manusia, pasti akan melalui pelbagai tribulasi dan mehnah ujian. Kekuatan dan semangat kadang-kadang datang, kadang pergi tetapi aku sematkan dalam hati walau apa pun tugas ku terima, buat sehabis baik.

Namun aku terima amanah ini dengan hati sangat berat. Walaupun berat aku menerima kekuatan daripada sahabat-sahabat seperjuanganku yang tidak pernah lelah memujuk dan memberi sokongan kepada diriku ini di samping sahabat-sahabat JPP yang jarang mengecewakan aku dalam melaksanakan tugasan dan tanggungjawab masing-masing. Bab kata Ustaz, kalau bukan kita sapa lagi.. Perjuangan itu harus diteruskan.

Kadangkala aku juga merasa diri ini tidak dihiraukan dan diambil perhatian dan kadangkala-kala aku merasakan diri aku sendirian menghadapi ujian-ujian yang melanda namun aku silap, sebenarnya masih ramai sahabat seperjuanganku menyokongku daripada belakang. Indahnya ukhwah andai hati ini sentiasa bersih daripada buruk sangka.

Tanpa sahabat-sahabat mungkin aku tersungkur dijalanan, hidup ini saling memerlukan antara satu sama lain. Umpama bumi amat memerlukan langit, lesung memerlukan alunya. Dalam keasyikan aku merasakan keseronokan dalam melaksanakan program seumpama ini, aku bimbang andai aku mula lupa akan orang sekeliling dan aku lupa akan Maha Kuasa yang mempunyai sebaik-baik perancangan. Kita hanya merancang, tetapi Allah mentukan segala-galanya. Semoga segala program dan perancangan yang telah dilaksanakan mahupun bakal dilaksanakan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah. Hanya kepadaMu tempat ku bergantung..Hasbunaallah wanikmal wakil,  nikmal maula , nikman nasir.

**KaRAk**


Jangan salah anggap yer..

Ini bukan cerita KARAK yang SERAM itu..

Pihak JPP IPG Kampus Pendidikan Islam

akan menganjurkan

KARNIVAL RAUDHAH & KEUSAHAWANAN (KARAK) 

Bermula pada 26 September- 01 Oktober 2011

Semua dijemput hadir..

Terutamanya warga IPG KPI ..

Sokongan kalian amat dihargai..


Pelbagai acara menarik akan diadakan antaranya seperti di bawah :



Jangan ketinggalan..

Sertailah program-program menarik yang kami anjurkan..


Jom cungkil bakat yang terpendam

Pakat mai ramai-ramai

Ajak-ajaklah kenalan yang berdekatan

Bersama-sama memperkenalkan IPG KPI kepada masyarakat

Sayangilah IPG KPI


Ingin mengikuti perkembangan KARAK 11..
layarilah laman Facebook kami di SINI





Syoknya Raya!!

Alunan takbir raya bergema menunjukkan Syawal telah pun tiba...

Ada gelak ketawa dan ada yang sedih dan hiba..

Itulah yang dikatakan Hari Raya Hari Lebaran..

Hari yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam..

Tidak mengira kecil mahupun yang tua...
Datangnya Syawal jua menunjukkan berakhirlah Ramadhan yang mulia..

Semoga kita memperoleh ijazah taqwa melalui madrasah Ramadhan yang di lalui ini...


Saya ingin memohon seribu kemaafan kepada semua kenalan dan warga IPG KPI yang mengenali saya. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.