Menerobos sgala onak duri
Generasi baru yang tlah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati
Tuk tumbangkan sgala kezhaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
hingga pertiwi gapai sejahtera
Tak kan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat surga
Bukan kerana masuk tv yang sebenarnya aku ingin kongsikan tapi aku akan ceritakan disebalik kisah hidup sepanjang memegang amanah ini.
Sebaik sahaja ditaklifkan untuk memegang jawatan sebagai Yang Di Pertua JPP ini, aku merasakan ia merupakan suatu amanah yang sangat berat yang mesti aku laksanakan sebaiknya. Bukan aku yang inginkan jawatan ini, namun telah terpapar di suratan takdir bahawa Fakrul Hafiz menjadi YDP JPP 2011. Bukan mudah untuk memimpin manusia, pasti akan melalui pelbagai tribulasi dan mehnah ujian. Kekuatan dan semangat kadang-kadang datang, kadang pergi tetapi aku sematkan dalam hati walau apa pun tugas ku terima, buat sehabis baik.
Namun aku terima amanah ini dengan hati sangat berat. Walaupun berat aku menerima kekuatan daripada sahabat-sahabat seperjuanganku yang tidak pernah lelah memujuk dan memberi sokongan kepada diriku ini di samping sahabat-sahabat JPP yang jarang mengecewakan aku dalam melaksanakan tugasan dan tanggungjawab masing-masing. Bab kata Ustaz, kalau bukan kita sapa lagi.. Perjuangan itu harus diteruskan.
Kadangkala aku juga merasa diri ini tidak dihiraukan dan diambil perhatian dan kadangkala-kala aku merasakan diri aku sendirian menghadapi ujian-ujian yang melanda namun aku silap, sebenarnya masih ramai sahabat seperjuanganku menyokongku daripada belakang. Indahnya ukhwah andai hati ini sentiasa bersih daripada buruk sangka.
Tanpa sahabat-sahabat mungkin aku tersungkur dijalanan, hidup ini saling memerlukan antara satu sama lain. Umpama bumi amat memerlukan langit, lesung memerlukan alunya. Dalam keasyikan aku merasakan keseronokan dalam melaksanakan program seumpama ini, aku bimbang andai aku mula lupa akan orang sekeliling dan aku lupa akan Maha Kuasa yang mempunyai sebaik-baik perancangan. Kita hanya merancang, tetapi Allah mentukan segala-galanya. Semoga segala program dan perancangan yang telah dilaksanakan mahupun bakal dilaksanakan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah. Hanya kepadaMu tempat ku bergantung..Hasbunaallah wanikmal wakil, nikmal maula , nikman nasir.
Ada gelak ketawa dan ada yang sedih dan hiba..
Itulah yang dikatakan Hari Raya Hari Lebaran..
Hari yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam..
Tidak mengira kecil mahupun yang tua...
Datangnya Syawal jua menunjukkan berakhirlah Ramadhan yang mulia..
Semoga kita memperoleh ijazah taqwa melalui madrasah Ramadhan yang di lalui ini...
Walau dimana posisi kita dalam sesebuah organisasi sahabat itu amat diperlukan.
"Kemuncak persahabatan itu bukan daripada tangan yang dihulurkan senyuman yang penuh mesra ataupun keseronokan semasa bersama.Ia adalah inspirasi spiritual yang muncul kepada seseorang apabila dapati ada orang lain yang mempercayainya dan sanggup meletakkan kepercayaan yang tulus ikhlas kepadanya." Penyajak Ralph Waldo Emerson
John C. Maxwell ada menyatakan di dalam bukunya The 360 degree leader
Keseronokan akan timbul apabila persabatan terjalin
Jalinkan persahabatan dalam kerja berpasukan
- Persahabatan asas kepada pengaruh
- Persahabatan adalah rangka kerja bagi kejayaan
- Persahabatan adalah tempat berlindung semasa susah
- Dengar!
- Cari minat yang serupa dan tiada kaitan dengan kerja
- Dapat dihubungi di luar waktu urussn
- Jangan terlalu serius
- Berkata benar
Bukan untuk menagungkan ungkapan orang barat, namun yang baik kita ambil yang buruk kita tinggal. Ilmu itu hikmah yang hilang.
Namun Islam jua amat menekankan ukhwah islamiyyah. Dalam rukun baiah ke-9 jua menekankan soal ukhwah.
Sekadar perkongsian
Boleh la berkunjung ke side di bawah dan boleh download sendiri yer..
USRAH DAN DAKWAH - Al-Imam Hassan Al-banna
Surah Al-Fatihah tidak asing lagi umat islam membacanya. Tidak mengira usia tua mahupun kanak-kanak.
"Dan sesungguhnya , kami memberikan kepada mu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al-Quran yang Agung" Al-Hijr -87
Yang dimaksudkan tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang itu ialah surat Al-Fatihah..
Sedarkah kita telah membaca Al-Fatihah sebanyak 17 kali sehari tidak termasuk dengan bacaan ketika solat sunat.
Namun begitu, beraba ramaikah yang begitu menghayati akan ayat-ayat CINTA ALLAH ini..
Jauh menusuk kalbu akan ertinya..walaupun hanya mempunyai 7 ayat..tapi penuh dan sangat-sangat bermakna buat umat islam.
Hanya kepada Allah kita sembah dan hanya kepada Allah jua tempat kita bergantung.
Empat golongan manusia yang ditinjau dari keikhlasan amalnya iaitu
- Hamba yang ikhlas dan mutaba'ah (Al-Mulk :2)
- Orang yang ikhlas dan tidak pula mutaba'ah (Ali-Imran:188)
- Orang yang beramal ikhlas tapi tidak ittiba'
- Orang beramal dengan ittiba' tapi bukan untuk Allah.
﴿فَسُبْحَانَ اللَّهِ حِينَ تُمْسُونَ وَحِينَ تُصْبِحُونَ
Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka bertasbihlah kepada Allah semasa kamu berada pada waktu malam dan semasa kamu berada pada waktu subuh.-Ar-Rum 30:18
﴿وَلَهُ الْحَمْدُ فِى السَّمَـوَتِ وَالاٌّرْضِ﴾﴿وَعَشِيّاً وَحِينَ تُظْهِرُونَ﴾
Serta pujilah Allah yang berhak menerima segala puji (dari sekalian makhlukNya) di langit dan di bumi, dan juga (bertasbihlah kepadaNya serta pujilah Dia) pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu zuhur.-Ar-Rum 30:19
Sentiasalah bertasbih dan mengingati Allah setiap masa siang dan malam.
Amalkanlah Mathurat yang telah disusun oleh As-Syahid Imam Hasan Al-Banna..Pagi dan petang. Dalam ayat-ayat suci Surah Ar-Rum ini menceritakan akan antara tanda-tanda kebesaran Allah
1. Menghidupkan yang Mati dan Mematikan yang Hidup
Ia mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup, serta menghidupkan bumi sesudah matinya; dan sedemikian itulah kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur).Ar-Rum 30:20
2. Ciptakan Manusia dari Tanah dan terdapat Peringkat Kejadian
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya (menghidupkan kamu semula), bahawa Ia menciptakan kamu dari tanah; setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadian kamu, kamu menjadi manusia yang hidup bertebaran di muka bumi.Ar-Rum 30:21
3. Ciptakan Kaum Lelaki dan Perempuan dan perasaan Kasih Sayang dan Balas Kasihan
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.Ar-Rum 30:22
4. Kejadian Langit dan Bumi
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.Ar-Rum 30:23
5. Tidur waktu Malam dan Mencari Rezeki waktu Siang
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kemurahannya dan kasih sayangNya ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari, dan usaha kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya (pada kedua-dua waktu itu). Sesungguhnya keadaan yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).Ar-Rum 30:24
6. Kilat dan Hujan
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya, Ia memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu. Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahamiNya.Ar-Rum 30:25
7. Terdirinya Langit dan Bumi dalam Keadaan Menakjubkan
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan keluasan ilmuNya dan kekuasaanNya, ialah terdirinya langit dan bumi (dalam keadaan yang menakjubkan itu) dengan perintah dan penentuan takdirNya; akhirnya apabila Ia menyeru kamu dengan satu seruan (supaya kamu bangkit hidup semula) dari bumi, kamu dengan serta merta keluar (dari kubur masing-masing).Ar-Rum 30:26
8. Semua Makhluk di Langit dan Bumi tunduk kepada Hukum PeraturanNya
Dan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi adalah hak kepunyaanNya, masing-masing tetap tunduk kepada hukum peraturanNya.Ar-Rum 30:27
9. Memulakan Kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah mereka mati)
Dan Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah mereka mati), sedang perlaksanaan yang demikian amatlah mudah bagiNya. Dan bagiNyalah jua sifat yang tertinggi di langit dan di bumi, dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.Ar-Rum 30:28
Setelah satu semester kita berbakti dan mengharungi suka duka kehidupan di institut, tibalah masanya untuk kita kembali berbakti untuk keluarga tercinta. Bagi mereka yang berada di Borneo terutamanya, bukan mudah untuk mereka pulang bercuti bersama-sama keluarga tanpa diberikan cuti yang panjang. Sekiranya di sini kalian sibuk berbakti, aplikasikannya apabila di rumah juga. Ringan-ringankanlah tulang membawa ibu bapa di rumah. Mereka pasti berasa gembira apabila melihat kalian berlaku sedemikian.
Guna kesempatan bersama keluarga ini untuk merapatkan lagi hubungan antara ahli keluarga di samping memberikan peringatan-peringatan yang bermakna kepada mereka. Sampaikanlah walaupun sepotong ayat.
Gunakanlah masa bercuti ini dengan sebaiknya dengan aktiviti berfaedah.Jangan biarkan masa-masa itu berlalu begitu sahaja tanpa memberi manfaat kepada orang lain mahupun diri sendiri. Cuba kita gunakan masa cuti ini juga untuk mendekatkan diri kepada Allah. Bacalah buku-buku ilmiah mahupun buku berfaedah bagi menambahkan lagi ilmu pengetahuan. Menjadi seorang guru itu memerlukan ilmu. Ilmu yang cukup luas. Umpama kata-kata Sayidina Ali bin Abi Talib, " Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum dan harta terhukum. Harta berkurang apabila dibelanjakan tapi ilmu akan bertambah apabila digunakan."
Jangan terlalu lalai dan berseronok dengan aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam musim cuti. Berhibur tiada salahnya tetapi kita perlu pandai memilihnya mengikut syariat yang telah ditetapkan.Jangan biarkan jadikan solat itu aktiviti kedua kita. Utamakannya terlebih dahulu sebelum yang lain.
Tiga minggu bukan masa yang lama. Bagi mereka yang dikehendaki datang awal bagi persediaan MPPB, semoga pengorbanan cuti anda diberkati. Untuk menyambut adik-adik kita nanti, pada 20 JUN 2011. Raikanlah kedatangan mereka. bantulah mereka sekiraanya mereka memerlukan. Tunjukkanlah contoh teladan yang baik.
Akhir kata daripada saya, saya ingin nyatakan sekali lagi gunakanlah waktu cuti ini sebaiknya. Jaga diri anda dan berhati-hati di jalan raya, ingatlah kepada orang yang tersayang.
YDP,
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR
IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
2011/2012
Panduan daripada Imam Al- Ghazali bagi mengelakkan bersifat sombong dan angkuh.
1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.
2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.
3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.
4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..
5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.
6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.
Jika dilihat pada tema ini secara halus, maka nampak dengan jelas bahawa tugas guru semakin mencabar. Kerana sebagai penjana transformasi (perubahan) pendidikan negara, para pendidik perlu memikul semua perancangan pendidikan yang telah dirancang oleh kerajaan. Dalam erti kata lain, apa sahaja perancangan yang telah dirancang oleh kerajaan sebagai pembuat dasar perlu dilaksanakan dengan sebegitu sempurna agar apa yang tersirat dalam tema Hari Guru pada tahun ini dapat dicapai.
Perlaksanaan KSSR, SPPK dan MBMMBI perlulah mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar transformasi pendidikan yang diingin dapat dicapai. Begitu juga dengan penggunaan IT (teknologi maklumat) dan ICT (teknologi maklumat dan komunikasi), para pendidik perlulah menguasainya agar matlamat untuk mentransformasikan pendidikan negara tercapai. (sumber)
SENARAI TEMA HARI GURU 1972-2010
SELAMAT HARI GURU
" GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"
~MURABBI PEEZ~
Jangan tinggal solat 5 waktu, disamping solat hajat dan doa berterusan meminta pertolongan dari-Nya. USAHA DAN TAWAKAL itu tidak boleh dipisahkan. Sama-sama kita berusaha dan bertawakal agar dapat membuat yang terbaik bagi peperiksaan MEI 2001.
Andai masih ada kekeliruan dalam subjek yang dipelajari, jangan malu segan masih ada lagi masa untuk kalian bertemu dengan pensyarah-pensyarah mahupun rakan-rakan. Malu bertanya sesat jalan.
Walau apa pun jurusan yang kita pelajari, kita perlu berbetulkan kembali niat kita belajar. Tujuan apakah kita belajar sebanarnya. Betulkan niat kita untuk mencapai keredhaan Allah semata-mata.
Bersusah-susah dahulu, besenang-senang kemudian.
Dengan nama Allah, semoga semua pelajar IPG KPI dapat menjawab peperiksaan dengan jayanya.
Semester ini lebih baik daripada semester lalu, tunjukkan anda mampu melakukannya. Ibu bapa, Pensyarah dan rakan-rakan pasti gembira
1) ceramah sejarah bumi palestin (selasa selepas maghrib)
- Major Nazri
2) forum bersamamu palestin (rabu selepas maghrib)
- Ustaz Riduan dan Ustaz Syakirin
3) malam kemuncak untukmu palestin (khamis selepas isyak)
- Exco Dakwah, Kerohanian dan Kepimpinan JPP, Semester 7, MTEN
Isu Palestin bukan merupakan asing lagi bagi kita.Tidak wajar sekiranya kita hanya memandang sebelah mata akan musibah-musibah yang dilanda oleh kaum muslimin di Palestin.
Umat Islam di dunia ini seharusnya bersatu. Perumpamaan yang boleh diberikan adalah sekiranya peha kiri dicubit, peha kanan akan turut merasai. Setiap muslim itu bersaudara.
Nakbah atau malapetaka yang dilanda Palestin tidak boleh dipandang remeh. Kita mungkin tidak mampu untuk sampai di sana untuk bersama-sama berjihad untuk menegakkan agama Allah di bumi Palaestin. Namun masih belum terlambat sekiranya kita mengambil berat akan keadaan mereka dengan memberi bantuan kewangan, sebarkan isu-isu Palestin dan tidak lupa juga senjata utama mukmin iaitu dengan berdoa. Kemenangan itu pasti akan datang.
Mahasiswa-mahasiswa terutamanya harus bergerak memberi kesedaran kepada masyarakat akan musibah yang melanda Palestin. Mungkin kadangkala ada yang menyatakan kita sibuk membicarakan akan isu Palestin namun isu masalah mahasiswa yang semakin hari semakin terlena tidak dihiraukan. Ayuhlah sama-sama kita saling memberi peringatan kepada sahabat dan rakan-rakan kerana dunia ini sementara. Jihad itu bukan hanya dalam istilah peperangan. Jihad itu sangat meluas skopnya. Sekiranya kita berada dalam arena pendidikan, berjihadlah dalam pendidikan. Memberi kesedaran kepada anak-anak didik kita agar tidak terkena tipu daya musuh-musuh Islam yang tidak akan puas sehingga umat Islam mengikut agama mereka.
Perkukuhkan biah solehah di mana sahaja kita berada.
Sebelum melangkah kaki terakhir di sekolah itu, rupa-rupanya diri ini dihargai oleh warga SKLA
Sebagai bakal guru yang menjawat jawatan sebenar perlu diingatkan keikhlasan dalam mendidik itu sangat penting.
Imam Al-Ghazali menyebut bahawa:
Majlis pelancaran laman web JPP, identiti JPP dan Majalah An-Nur dijalankan secara serentak.Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah IPG KPI iaitu Tuan Haji Osman Bin Hussain.
Laman web JPP 2011/2012 selamat dirasmikan pada 12 April 2011
Tidak dilupakan juga dengan blog JPP yang sedia ada.
Semoga dengan adanya laman ini mampu menyampaikan sedikit sebanyak makluman dan laporan yang diadakan sepanjang tampuk kepimpinan JPP 11/12.
- Memberi perkhidmatan yang mesra ikhlas dan berkualiti kepada semua warga IPG KPI pada setiap masa.
- Menyediakan keperluan asas dan sampingan bagi para pelatih yang tinggal di kolej kediaman.
- Memastikan pengendalian perhimpunan umum dan majlis rasmi yang professional dan sistematik.
- Menganjur dan membudayakan pelbagai majlis ilmu yang boleh mencerna minda, sahsiah dan keperibadian muslim.
- Memastikan semua pelatih islam berpakaian mengikut etika pakain yang telah ditetapkan syariat.
- Memastikan aduan yang dikemukankan oleh pelatih dapat deselesaikan dalam kadar mesra dan segera.
Tapi kan....kitorang selalu kena marah...jadi kambing hitam r agaknya...
Alhamdulillah pelajar IPG KPI selamat sampai ke kampung halaman masing-masing. Namun perlu diingatkan dalam kita bergembira dalam cuti sekolah ini jagalah diri kalian sebaik-baiknya. Ingatlah orang tersayang. Teringat pesanan orang-orang tua, jangan galok(gembira bergurau senda) sangat nanti jumpe golok. (versi klantan or terngganu).
Ajal maut itu ditangan Tuhan. Institut kita hampir setiap tahun ada pelajar yang meninggal dunia. Dengan itu, sayangilah diri anda, ketika berada di jalan raya berhemahlah, biar lambat asal selamat. Sekiranya sakit segeralah berjumpa doktor.
Selamat bercuti dengan keluarga tercinta. Bagi mereka yang tidak pulang berharap bersabar dan manfaat cuti sebaiknya. Bagi mereka yang mempunyai urusan dengan pihak institut, semoga pengorbanan kalian diberkati Allah.
Pesanan Penaja
BERHATI-HATI DIJALAN RAYA
MANFAATKAN WAKTU CUTI DENGAN SEBAIKNYA
YDP IPG KPI
Penemuan terbaru beliau ialah berkaitan tragedi 11 September di WTC New York. Di dalam al-Quran terdapat ayat yang seolah-olah telah memberi isyarat awal mengenai kejadian ini (sedangkan al-Quran diturunkan lebih 1400 tahun yang lalu). Fakta tragedi tersebut ialah seperti berikut:
Fakta Peristiwa 11 September 2001
Ketinggian bangunan WTC: 110 tingkat
Tarikh kejadian: 11 haribulan
Bulan: 9 (September)
Tahun: 2001
Fakta yang terdapat di dalam al-Quran
Ayat yang menceritakan tentang musuh-musuh Islam iaitu ayat 110 dari surah At-Taubah.
"Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu sentiasa menjadi punca kegelisahan dalam hati mereka kecuali jika hati mereka telah terpotong-potong. Dan Allah itu Maha Mengetahui lagi Bijaksana".
Maka faktanya lebih kurang sama dengan kejadian 11 September:
Ayat yang ke 110: (Bangunan WTC 110 tingkat)
Juzuk ke 11: (Tarikh kejadian 11 haribulan)
Surah ke 9: (kejadian berlaku dalam bulan 9)
Huruf terakhir adalah huruf yang ke 2001: (kejadian berlaku pada 2001)
Ini adalah satu perbandingan yang tepat. Tetapi sejauh mana maksud Allah Taala di dalam ayat ini bertepatan dengan kejadian di Amerika Syarikat itu tidaklah pula kita ketahui. Oleh kerana ada persamaan fakta di antara keduanya, maka kita bolehlah mengambil iktibar bahawa tiada yang mustahil bagi Allah untuk melakukan apa sahaja dan ini membuktikan salah satu mukjizat Al-Quran. Subhanallah.
Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan
Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa
Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali
Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati iniTunjukkanlah kepada hati-hati ini..akan jalannya yang sebenarPenuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..
"Dan untuk Sulaiman dikumpulkan bala tenteranya terdiri dari jin, manusia dan burung lalu mereka berbaris dengan tertib. Hingga ketika mereka sampai ke lembah semut, berkatalah seekor semut: "Wahai semut-semut! Masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan bala tenteranya sedangkan mereka tidak menyedari." Maka dia (Sulaiman) tersenyum lalu tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: "Ya Tuhanku! Anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh."Surah An-Naml ayat 17-19
Semut Yang Rajin Dan Bekerjasama
Semut. Kerjanya menghimpun makanan tanpa henti. Siang malam pagi petang dia berusaha tanpa rehat. Belum pernah dilihat seekor semut terbaring keletihan. Dia hanya diusung oleh teman-temannya apabila dia mengalami kesakitan ataupun setelah mati. Selebihnya ia akan bekerja, bekerja dan bekerja. Tahukah anda, semut boleh menghimpun makanan untuk bekalan yang amat lama sedangkan usianya tidaklah lebih lama daripada banyaknya bekalan makanan yang boleh dihimpunnya itu.
Semut-semut penganyam adalah tukang jahit yang mahir. Mereka menyambung daun-daun dengan menariknya daripada dua bahagian dan menjahit daun-daun ini bersama. Dengan cara ini, mereka membuat rumah yang baik untuk diri mereka. Semut mempunyai jenis yang lebih banyak daripada hidupan-hidupan yang lain.
Daripada setiap 700 juta semut yang dilahirkan ke dunia, hanya terdapat 40 kelahiran manusia. Dengan kata lain, jumlah semut-semut di dunia ini adalah jauh lebih tinggi daripada manusia. [1]
Kehebatan sifat-sifat semut tidak berakhir di sini sahaja. Walaupun, berjuta-juta mereka tinggal bersama, mereka tidak mempunyai sebarang masalah di antara mereka, tidak ada kekeliruan atau kecamukan. Mereka hidup di dalam kehidupan yang begitu terancang di mana setiap mereka mematuhi peraturan.
Istimewanya Makhluk Allah Ini.
Cuba perhatikan kehidupan masyarakat semut. Teknologi, kerja gotong-royong, strategi ketenteraan, jaringan komunikasi yang maju, hierarki yang rasional dan cerdik, disiplin, perencanaan kota yang sempurna dan pelbagai ciri lain yang amat istimewa untuk di ambil. Semut berkomunikasi dengan isyarat kimia iaitu semiokemikal zat kimia yang digunakan semut untuk tujuan menetapkan komunikasi (Feromon). Semut yang paling berbahaya adalah semut bulldog hitam dari Australia, bisanya mampu membunuh manusia.
Semut rajin bekerjasama dan tolong-menolong untuk ikatan antara mereka yang kuat.Semua spesies semut, yang jumlahnya mencapai kira-kira 8.800 spesies, mencari makanan dan membawanya pulang dengan cara yang berbeza-beza.
Dalam spesies-spesies tertentu, semut berburu sendirian dan membawa pulang makanannya masing-masing. Spesies lain berburu berkelompok dan membawa serta menjaga makanannya bersama-sama. [2]
Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. adalah dengan melakukan sesuatu lebih baik daripada orang lain. Dia menyuruh orang lain sembahyang lima kali sehari, sedangkan dia sendiri berbuat lebih daripada itu. Dia menyuruh orang lain berpuasa sebulan dalam setahun, sedangkan dia saban hari berpuasa. Keberhasilan kepemimpinan Nabi Muhammad s.a.w. terletak pada sekurang-kurangnya empat perkara:
- Memimpin dengan berbuat, tidak cuma bercakap. Dia tidak hanya memerintah orang lain berbuat sesuatu, tetapi dia sendiri melaksanakannya.
- Memegang prinsip keadilan. Kepentingan orang-orang yang dipimpin adalah yang utama. Nabi Muhammad s.a.w. mampu menjadi kaya tetapi dia tidak ingin kepada kekayaan; dia lebih suka sama dengan orang-orang yang dipimpinannya.
- Penggunaan pendekatan yang tepat: cara inividu dan cara kelompok.
- Ketiadaan benteng pemisah: tidak ada sekatan antaranya dengan orang ramai. Suasanan kekeluargaan dan persaudaraan lebih diutamakan. Perhubungan tidak terlalu formal.
Freemason adalah sebuah organisasi yang sangat bersifat rahsia. Freemason dicetuskan oleh para Ksatria Templar (Pejuang Salib) yang pulang ke Eropah dari Jurusalem setelah kalah dari perang salib.
Untuk bacaan lanjut di Wikipedia sila lawati link ini http://ms.wikipedia .org/wiki/ Freemason dan buku tulisan Harun Yahya di http://www.harunyah ya.com/globalfre emasonry_ introduction. php (buku boleh juga di download di link ini).
Secara ringkasnya, ada pelbagai teori tentang sejarah awal pergerakan ini, antaranya adalah apabila Freemason dikaitkan dengan Kesatria Templar atau sekumpulan kecil pasukan kesatria yang telah memerangi tentara Islam di Jerusalem.
Terdapat pelbagai legenda dan teori lain mengenai asal-usul kewujudan Freemason. Ada yang mengaitkannya dengan kultus Iris-Osiris pada zaman Mesir kuno. Ada pula yang mengatakan bahawa ia ditubuhkan pada abad ke-2 SM oleh ahli kitab atau pendeta Yahudi daripada mazhab Essene.
Sesetengah ilmuan Freemason berpendapat bahawa bahawa Freemason menjejak akar umbi mereka kepada pembinaan Haikal Sulaiman (King Solomon’s Temple) di Jerusalem pada 967 S.M. Asas cerita itu tertumpu kepada seseorang yang bernama Hiram Abiff yang mendakwa mengetahui rahsia Haikal Sulaiman.
Maka berdasarkan teori-terori asal usul ini, pendapat umum mempercayai selain daripada pergerakkan ini menjalankan aktiviti-aktiviti kepentingan Yahudi dan zionis yang berselindung disebalik sosial, ada juga mempercayai bahawa matlamat akhir pergerakan ini adalah untuk membina semula Kuil Nabi Sulaiman di atas robohan Masjidil Aqsa. (rujuk: www.Islamonline. net ).
Aktiviti ritual dan kerahsiaannya
Pergerakan ini konon tidak membenarkan perbincangan mengenai hal agama dan plolitik dibawa kedalam setiap perjumpaannya di ‘Lodge Manson’nya (rumah pergerakan), kesemua bentuk Freemason berkongsi moral dan metafizik yang sama dan yang biasanya juga termasuk perisytiharan perlembagaan terhadap kepercayaan kepada satu Tuhan Yang Maha Agung (sumber: wikipedia).
---adakah ini ancaman atau kehendak negara?---
Benarkah ia hanya kasih sayang ?
“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)
Hari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir disebut 'Valentine Day' amat popular dan merebak di pelusuk Indonesia bahkan di Malaysia juga. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana banyak kita temui jargon-jargon (simbol-simbol atau iklan-iklan) tidak Islami hanya wujud demi untuk mengekspos (mempromosi) Valentine. Berbagai tempat hiburan bermula dari diskotik(disko/kelab malam), hotel-hotel, organisasi-organisasi mahupun kelompok-kelompok kecil; ramai yang berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Valentine. Dengan dukungan(pengaruh) media massa seperti surat kabar, radio mahupun televisyen; sebagian besar orang Islam juga turut dihidangkan dengan iklan-iklan Valentine Day.
MARI ISTIQOMAH (BERPEGANG TEGUH)
Perhatikanlah Firman Allah :
“…dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk golongan orang-orang yang zalim”.
Semoga Allah memberikan kepada kita hidayahNya dan ketetapan hati untuk dapat istiqomah dengan Islam sehingga hati kita menerima kebenaran serta menjalankan ajarannya.
Tujuan dari semua itu adalah agar diri kita selalu taat sehingga dengan izin Allah s.w.t. kita dapat berjumpa dengan para Nabi baik Nabi Adam sampai Nabi Muhammad s.a.w.
Firman Allah s.w.t.:
“Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya maka dia akan bersama orang-orang yang diberi nikmat dari golongan Nabi-Nabi, para shiddiq (benar imannya), syuhada, sholihin (orang-orang sholih), mereka itulah sebaik-baik teman”.
Berkata Peguam Zulkifli Nordin (peguam di Malaysia) di dalam kaset 'MURTAD' yang mafhumnya :-
"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..SAY NO TO VALENTINE DAY