::Alhamdulillah inilah hasil tulisan ilmiah sendiri::
::Isu Yang Dikaji : Penggunaa Alkohol dal Perubatan::
::Hari nie,tibe2 jer aku nak update blog nie...dah lama x update::
::Tp nie berbeza ckit dari biasa..........................::
::Health??? nie khas untuk rujukan umat islam yang keliru dengan Isu & Hukum : "Penggunaan Alkohol Dalam Perubatan"..InsyaAllah bermanfaat..Sila & Lihat!!!
DEFINISI ALKOHOL:
Menurut Kamus Dewan Bahasa:
Alkohol
ialah cecair yang mudah terbakar dan memabukkan yang terdapat dalam minuman
keras.
Menurut Mu’jam Lughah al-Fuqaha:
Alkohol
ialah suatu agen atau unsur yang memabukkan yang terkandung dalam sesuatu bahan
iaitu arak.
Dari Sudut Sains:
Alkohol adalah nama
yang digunakan dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan
hidroksi OH. Ia juga merupakan bahan cecair tanpa warna yang dihasilkan
menerusi dua pemprosesan, pertama menerusi fermentation (penapaian),
iaitu proses khas untuk menghasikan arak, dan kedua menerusi bahan kimia, iaitu
proses bagi menghasilkan alkohol daripada petroleum. Hasil pemprosesan ini dikenali
juga sebagai etanol atau etil alkohol. Umumnya, alkohol dan arak merupakan dua
entiti yang berbeza di mana alkohol lazimnya terdapat di dalam proses pembuatan
arak, tetapi alkohol itu pada zatnya sendiri adalah bukan arak. Ini kerana,
perbezaan yang ketara di antara alkohol dan arak ialah alkohol tidak memabukkan
tetapi ia mematikan bagi sesiapa yang meminumnya dalam kuantiti yang banyak,
manakala arak pula sifatnya memabukkan tidak mematikan.
(Sample i:)
(Sample II:)
HUJAH DARIPADA NAS
AL-QURAN DAN AL-HADIS TERHADAP ARAK (ALKOHOL)
$pkr'¯»t tûïÏ%©!$# (#þqãYtB#uä $yJ¯RÎ) ãôJsø:$# çÅ£øyJø9$#ur Ü>$|ÁRF{$#ur ãN»s9øF{$#ur Ó§ô_Í ô`ÏiB È@yJtã Ç`»sÜø¤±9$# çnqç7Ï^tGô_$$sù öNä3ª=yès9 tbqßsÎ=øÿè? ÇÒÉÈ $yJ¯RÎ) ßÌã ß`»sÜø¤±9$# br& yìÏ%qã ãNä3uZ÷t/ nourºyyèø9$# uä!$Òøót7ø9$#ur Îû Ì÷Ksø:$# ÎÅ£÷yJø9$#ur öNä.£ÝÁtur `tã Ìø.Ï «!$# Ç`tãur Ío4qn=¢Á9$# ( ö@ygsù LäêRr& tbqåktJZB ÇÒÊÈ
Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum)
khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah
Termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu
mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan
permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi
itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; Maka berhentilah
kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).
(Surah Al-Maidah: 90-91)
ANALISIS PANDANGAN ULAMA’ DAN BANDING BEZA HUKUM TENTANG PENGGUNAAN ALKOHOL DALAM PERUBATAN
Alkohol Dalam Makanan,
Minuman, Pewangi Dan Ubat-Ubatan
Berdasarkan
taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar
daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta
dengan mengambilkira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman,
pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan
seperti berikut:
- Setiap minuman arak adalah
mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu
adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak,
hukumnya haram dan najis.
- Manakala alkohol yang
diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis,
tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia
adalah racun dan boleh membunuh.
- Minuman ringan yang
diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan
mempunyaialkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh)
diminum.
- Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
- Makanan atau minuman yang
mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan,
kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang
terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan
makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh)
dimakan/diminum.
- Makanan atau minuman yang
mengandungi bahan perisa atau pewarna yang
mengandungi alkohol untuk tujuan
penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya
alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan
arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu
adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi
0.5%.
- Ubat-ubatan dan pewangi yang
mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak
najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan
diambil melalui proses pembuatan arak.
PANDANGAN ULAMA:
Ulama fiqh
berbeza pendapat mengenai hukum berubat dengan benda yang haram kerana darurat.
Di antara mereka ada yang mengatakan bahawa berubat itu tiding dipandang
darurat yang sangat mendesak sebagaimana halnya makan, berdasarkan sebuah sabda
Rasulullah S.A.W yang berbunyi:
إن الله لم يجعل شفائ كم فيما حرم عليكم
Maksudnya: “Sesungguhnya
Allah Taala tidak menjadikan penyembuh kamu (ubat) dengan sesuatu yang
diharamkan atas kamu.”
-Riwayat oleh Bukhari-
Manakala
sebahagian mereka pula mengatakan bahawa keadaan itu adalah darurat, sehingga
mereka menyamakan kepentingan berubat itu dengan makan,dengan alasan bahawa
kedua-duanya itu adalah merupakan kemestian bagi kelangsungan hidup. Dasar
hukum yang mereka gunakan dalam hal ini ialah sebuah riwayat yang menerangkan
bahawa Rasulullah S.A.W membenarkan Abdul Rahman bin Auf dan Zubir bin Awwam
memakai sutera kerana penyakit yang diderita oleh kedua-dua sahabat baginda
itu, sedangkan memakai sutera itu adalah haram hukumnya bagi lelaki.
Barangkali pendapat inilah yang lebih hampir kepada roh Islam yang sentiasa melindungi kehidupan manusia dalam seluruh perundangan dan peraturannya. Bagaimanapun, rukhsah terhadap menggunakan ubat daripada benda yang diharamkan itu hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
Ø Nyawa manusia itu akan terancam jika dia tidak berubat
Ø Tiada ditemui ubat selain daripada ubat yang haram itu
Ø Adanya suatu pengakuan daripada seorang doktor muslim yang boleh
dipercayai, baik pemeriksaan, kepakaran mahupun agamanya.
Namun begitu, al-Qardhawi
mengatakan, bahawa menurut yang beliau ketahui, dan berdasarkan kenyataan
daripada penyelidikan doktor yang dipercayai, tidak ada darurat yang
membolehkan seseorang berubat dengan sesuatu yang diharamkan.
Berkenaan dengan khamar, jelas
sekali bahawa ia adalah penyakit, bukan ubat. Suatu ketika, Rasulullah S.A.W pernah
ditanya orang berkenaan dengan hukum menjadikan arak sebagai ubat. Maka baginda
Rasulullah S.A.W menjawab dengan sabda baginda yang berbunyi:
إنه ليس بدواء ولكنه داء
Maksudnya: “Sesungguhnya arak itu bukan ubat, tetapi penyakit.”
-Riwayat oleh Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Al-Tarmizi-
Demikian juga sabda Rasulullah S.A.W yang berbunyi:
إن الله
أنزل الداء والدواء وجعل لكم داء دواء ولاتداووا بحرام
Maksudnya: “Sesungguhnya
Allah Taala telah menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan untuk kamu
bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya. Oleh yang demikian, maka janganlah kamu
berubat dengan yang haram”
-Riwayat Abu Daud-
Adalah sesuatu yang tidak aneh, jika
Islam melarang berubat dengan arak dan benda-benda yang diharamkan. Kerana Ibnu
al-Qayyim mengatakan :
“Diharamkan sesuatu itu bermakna agar sesuatu itu dijauhi
selamanya-lamanya dengan bagaimana cara sekalipun. Oleh yang demikian, jika
arak itu boleh dipakai untuk berubat, bererti ada suatu anjuran atau galakan
supaya orang meminumnya. Ini jelas bertentangan dengan apa yang sudah
dicanangkan oleh syarak.”
Selanjutnya Ibnu Qayyim
mengatakan, bahawa membolehkan berubat dengan arak, terutamanya terhadap
orang yang telah mempunyai kecenderungan terhadap arak, akan menarik orang
untuk meminumnya demi memenuhi keinginan syahwatnya dan untuk bersenang-senang,
terutama bagi orang yang sudah dimaklumkan bahawa arak boleh menghilangkan
penyakitnya, maka sudah pasti dia akan mengamalkan meminumnya untuk kesembuhan
penyakitnya.
Jika ditinjau dari sudut kejiwaan, Ibnu
al-Qayyim mengatakan, bahawa syarat untuk sembuh daripada penyakit itu
hendaklah berubat dengan sesuatu yang boleh diterima oleh akal dan yakin akan
manfaat ubat tersebut serta adanya barakah kesembuhan oleh Allah taala.
Sedangkan dalam hal ini, sudah cukup dimaklumi, bahawa setiap orang Islam sudah
begitu yakin akan haramnya arak, yang kerana haramnya itu boleh menghalang umat
islam terhadap mempercayai bahawa arak itu mengandungi manfaat dan barakah,
sehingga dengan demikian, seorang muslim tidak dapat untuk berbaik sangka
dengan menganggap arak itu sebagai ubat untuk berbaik sangka dengan menganggap
arak itu sebagai ubat yang dapat diterima oleh akal. Malahan, semakin kuatnya
iman seseorang, akan semakin besar pula kebenciannya terhadap arak tersebut.
Kerana memang demikian adanya, bahawa setiap orang Islam itu hendaknya.
Sesungguhpun demikian, jika sampai
berlaku keadaan darurat, maka dalam pandangan Islam, darurat itu mempunyai
hukum tersendiri. Sehubungan dengan ini, al-Qardhawi mengatakan seandainya
arak atau ubat yang dicampur dengan arak itu boleh dinyatakan sebagai ubat
untuk sesuatu penyakit yang sangat membahayakan kehidupan manusia, sedangkan
dalam masa yang sama dia tidak memperolehi ubat lain kecuali ubat tersebut,
serta telah memperolehi pengesahan daripada doktor muslim yang mahir dalam ilmu
kedoktoran dan bersifat ghairah(cemburu) terhadap agamanya, maka dalam keadaan
demikian, dalam kaedah agama yang sentiasa memberi kemudahan, maka berubat
dengan arak itu tidaklah dilarang, dengan syarat benar-benar hanya diperlukan
untuk ubat, tidak lebih dari itu, sesuai dengan firman Allah Taala yang
berbunyi:
Ç`yJsù §äÜôÊ$# uöxî 8ø$t/ wur 7$tã ¨bÎ*sù /u Öqàÿxî ÒOÏm§ ÇÊÍÎÈ
Barangsiapa
yang dalam keadaan terpaksa, sedang Dia tidak menginginkannya dan tidak (pula)
melampaui batas, Maka Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang". (Surah Al-An’am:145)
Demikian
pendapat Syeikh Yusuf al-Qardhawi dalam buku beliau al-Halal Wa al-Haram Fi
al-Islam.
Resolusi yang
dikeluarkan oleh Nadwah Fiqh Perubatan kali ke lapan anjuran Pertubuhan
Ilmu-Ilmu Perubatan Islam yang berlangsung di Kuwait (dari 22-24 hb Mei 1995)
mengatakan bahawa:
Bahan alkohol tidak najis dari segi
syara’, berdasarkan kepada perakuan yang lalu, yang berasaskan kepada prinsip
asal sesuatu itu adalah suci, samada alkohol itu sahaja atau telah dicampurkan
dengan air, kerana menerima pakai pandangan ‘ulama’ yang menghukumkan kenajisan
arak dan lain-lain bahan yang
memabukkan, hanyalah berbentuk ma’nawi dan bukannya hissi, kerana ia dianggap
sebagai benda kotor yang menjadi kesukaan syaitan. Dari itu tidak menjadi
kesalahan dari segi syara’, menggunakan alkohol dari sudut perubatan sebagai
bahan pencuci kulit, kecederaan, ubat-ubatan dan pembunuh kuman.
Selain itu, sebagaiman yang
diketahui umum, kebanyakkan ubat-ubatan dalm bentuk cecair dimasukkan kuantiti
kecil alkohol Athyl di dalam pemprosesannya, bagi tujuan menjaga atau melarut
sesetengah bahan tertentu yang diambil daripada tumbuh-tumbuhan, organ atau
kimia yang telahpun diproses yang tidak larut dalam air.
Ubat-ubatan ini dikeluarkan untuk
tujuan rawatan perubatan kepada pesakit dan digunakan berdasarkan nasihat
doktor. Ia diambil dalam beberapa sudu minuman dalm kuantiti yang kecil, yang
tidak mungkin menyebabkan penyakit mabuk. Kalau seseorang ingin meminum
ubat-ubatan tersebut di dalam kuantiti yang banyak, sehingga memabukkannya dan
meninggal dunia, meninggalnya itu adalah kerana disebabkan keracunan ubat dan
bukannya kerana mabuk itu.
Berhubung dengan hukum syara’ di
dalam mengambil ubat-ubatan yang mengandungi kuantiti kecil alkohol, di mana
masyarakat perlu mengambilnya (berubat dengannya) di dalam kuantiti tersebut
dan tidak digunakan untuk memabukkan diri sebaliknya sebagai bahan penenang
sahaja, ada tiga pandangan ulama’ tentangnya:
Pendapat Pertama:
Harus meminum ubat-ubatan
tersebut di dalam keadaan biasa dan normal (bukan dalam keadaan terpaksa dan
dharurat kerana tidak ada bahan lain) kerana kuantiti alkohol yang lemah
yang terdapat di dalamnya , telahpun larut di dalam cecair yang banyak yang
bercampur dengannya dan tidak ada lagi sebarang rasa, warna dan juga bau.
Sebelum ini kita telahpun menjelaskan di dalam perbicaraan tentang teori Al-Istihlak,
apabila bahan yang haram atau najis yang larut di dalam air atau cecair yang
banyak, sehingga tidak ada lagi sebarang kesan, warna atau bau, menjadi benda
halal yang baik menurut kebanyakkan ulama’.
Ibnu Taimiyyah misalnya
pernah membuat komentar antara lain beliau menyatakan: “Allah S.A.W
mengharamkan benda-benda yang kotor termasuklah darah, bangkai, daging khinzir
dan lain-lain. Antara bahan-bahan ini jatuh kedalam air atau lain-lain dan
larut, tidak ada lagi sebarang darah, daging khinzir dan bangkai.
Sebagaimana arak apabila larut di dalam cecair, orang yang meminumnya tidak
dinamakan sebagai peminum arak.”
Ibnu Hazm pula menyatakan: “Masalah:
Tidak halal memakan sesuatu yang diuli dengan arak atau sesuatu yang tidak
halal dimakan atau diminum…….kecuali yang digunakan untuk menguli gandum atau
memasak makanan itu, ia adalah halal. Begitu juga dengan sesuatu yang haram
yang dicampakkan ke dalam periuk tetapi sedikit yang tidak mempunyai bau, rasa
dan juga warna dan aspek yang haram itu langsung tidak memberi kesan, ia juga
dikira sebagai halal di waktu itu.”
Pendapat Kedua:
Harus meminumnya di dalam keadaan
normal dan biasa, walupun alkohol itu tidak larut di dalam ubat-ubatan,
berdasarkan kepada mazhab Abu Hanifah dan Abu Yusuf yang
menghalalkan mengambil minuman yang diperbuat daripada buah-buahan yang bukan
anggur dan tamar, dengan tujuan menguatkan badan dan berubat, asal sahaja tidak
sampai ke tahap memabukkan. Ini memandangkan alkohol Athyl yang digunakan dalam
industri ubat-ubatan hari ini, tidak diperolehi daripada anggur mahupun tamar,
sebaliknya daripada bahan-bahan lain yang melibatkan proses tidakbalas kimia, gula
tau gas tabi’i.
Sekiranya alkohol yang digunakan
didalamnya, diambil daripada anggur atau tamar, tidak harus kepada pesakit
mengambilnya, kecuali doktor yang adil menjelaskan itu sahaja ubat-ubatan
yang boleh digunakan sebagai bahan rawatan utnuk penyakit tersebut. Kerana berubat
dengan benda yang haram, adalah harus menurut kacamata ulama’ mazhab
Hanafi, jika diketahui ia boleh menyembuhkan penyakit terlibat dan dalam masa
yang sama, tidak ada ubat-ubatan lain yang halal, yang boleh mengambil tempat ubat-ubatan
yang mengandungi alkohol itu.
Pendapat
Ketiga:
Harus
meminum ubat-ubatan tersebut di dalam keadaan dharurat berdasarkan kepada
mazhab As-Syafie yang berpendapat, arak yang telah pun larut bersama dengan
ubat-ubatan yang lain, boleh digunakan untuk berubat dengannya, jika diketahui
manfaatnya, berdasarkan kepada nasihat dari doktor yang dipercayai lagi amanah
dan itulah sahaja ubat-ubatan yang mampu menyempurnakan penyakit dan tidak ada
ubat-ubatan lain yang halal.
Pandangan ini merupakan pandangan
fiqh yang paling sempit di dalam masyarakat tersebut. Berdasarkan kepada
pandangan inilah, diekemukan resolusi nombor (11) oleh Majlis Akademi Fiqh
Islam yang berpusat di Jeddah di dalam pusingannya yang ketiga (Oktober 1986)
teksnya ialah sebagaimana berikut:
“Diharuskan kepada pesakit
yang beragama islam mengambil
ubat-ubatan yang mengandungi kuantiti tertentu alkohol jika tidak didapati
ubat-ubatan lain yang bersih daripadanya atas nasihat doktor yang dipercayai
lagi amanah.”
Melihat kepada
ijtihad-ijtihad di atas, pandangan-pandangan fiqh dan sandarannya, reality
pengeluaran ubat-ubatan yang mengandungi kuantiti tertentu alkohol untuk
tujuan-tujuan yang telah dijelaskannya, jelas pendapat yang boleh diterimapakai
pada pandangan pengarang, Dr Nazih Hammad(2004)dalam bukunya yang
bertajuk Penggunaan Bahan-Bahan yang Haram & Najis Dalam Makanan dan
Ubat-Ubatan berpendapat yang mengatakan harus meminum ubat-ubatan
tersebut dengan tujuan menyembuhkan penyakit walaupun tidak berada dalam keadaan
dharurat tetapi perlu beriltizam dengan batas-batas syara’.
Walaubagaimanapun, ia terikat dengan sejauh mana alkohol itu larut di dalam
ubat-ubatan dan tidak ada lagi sebarang kesan rasa, warna dan juga bau,
berdasarkan teori Al-Istihlak yang diakui oleh syara’. Begitu juga jika
alkohol itu tidak larut di dalamnya, berdasarkankepada mazhab Abu Hanifah dan
Abu Yusuf, kerana alkohol di zaman ini, tidak lagi diproses daripada buah
anggur dan juga tamar.
Walau bagaimanapun hukum yang menghalalkannya,
wajib dikaitkan dengan keadaan “mengambil sedikit alkohol itu tidak
menimbulkan kemudharatan kepada pesakit atau janin”. Jika menimbulkan
kemudharatan kepada pesakit dan janin (sebagaimana berlaku kepada kanak-kanak
dan wanita hamil, dimana terbukti menurut ilmu perubatan, alkohol boleh
memudharatkan kanak-kanak yang mengambilnya dan bayi di dalam kandungan jika
ibu yang mengandung meminumnya, walaupun di dalam kuantiti yang sedikit), haram
ketika itu mengambilnya bukan di atas dasar ianya alkohol, tetapi atas dasar
menimbulkan kemudhratan kepada kesihatan tubuh badan.
Nabi Muhammad S.A.W
bersabda maksudnya:
“Tidak ada kemudharatan di dalam islam dan tidak memudharatkan
orang lain”
Di dalam resolusi Nadwah Fiqh
Perubatan kali kelapan anjuran Pertubuhan Ilmu-Ilmu Islam yang berlangsung di
Kuwait dengan kerjasama Universiti Al-Azhar, Akademi Fiqh Islam di Jeddah,
Pejabat Cawangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang berpusat di Iskandariyyah
dan Kementerian Kesihatan Kuwait (Mei 1995) memutuskan:
Oleh kerana alkohol merupakan
bahan yang memabukkan, haram menggunakannya. Apabila didapati ubat-ubatan
yang tidak melibatkan alkohol di dalam pemprosesannya, lebih-lebih lagi
ubat-ubat untuk kegunaan kanak-kanak dan juga wanita hamil, tidak menjadi
halangan dari segi syara’, mengambil ubat-ubatan yang dibuat di kilang
sekarang, walaupun di dalam proses pembuatannya, mengandungi kuantiti kecil
alkohol untuk tujuan menjaga atau melarutkan sesetengah bahan ubat-ubatan yang
tidak larut dalam air, dengan syarat alkohol yang terkandung di dalamnya
hendaklah alkohol yang tidak digunakan sebagai bahan penenang, sekiranya
tidak ada ubat-ubatan lain yang boleh digunakan.
Kesimpulannya: Al-Quran, Al-Hadis & Ijtihad para umala' dijadikan hujah dalam kehidupan kita...InsyaAllah
Rujukan:
Al-Quran Al Karim
Abdulrahman Al-Baghdadi (1994). Khinzir. Kuala Lumpur :
Al-Ramadhan.
Akmal Hj Mhd. Zain (2007). Halal dan
Haram Dalam Kehidupan. Kuala Lumpur
Wilayah
Persekutuan : Al-Hidayah Publications.
Dr Danial Zainal Abidin (2003). Perubatan
Islam dan Bukti Sains Moden. Batu Caves, Selangor Darul Ehsan : PTS
Publications & Distributors.
Dr Mustafa Al-Khin, Dr Mustafa Al-Bugha
dan ‘Ali Al-Sharbaji (2005). Manhaj Fiqh Al-Syafie. Negeri Sembilan : Jabatan
Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan.
Dr Nazih Hammad (2004). Penggunaan
Bahan-Bahan Yang Haram dan Najis Dalam
Makanan
dan Ubat-Ubatan : Al-Hidayah Publishers.
Dr Yusuf Al-Qardhawi (2010). Al-Halal wa
Al-Haram Fi Islam. Bandar Baru Bangi Selangor : Darul Syakir Enterprise.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (2006).
Panduan Halal dan Haram. Sungai Pinang,
Pulau
Pinang : Jutaprints.
Abu Haris. http://fiqhmedic.wordpress.com/2011/07/20/alkohol-dalam-ubat/. Diakses pada 18 Ogos 2012.
Dr Danial. http://drdanial.faithweb.com/Alkohol%20Dalam%20Ubatan.htm. Diakses pada 3 September 2012.
Drs. Khalil Idham Lim. http://idhamlim.blogspot.com/2010/08/penggunaan-alkohol-dalam-makanan-ubat.html. Diakses pada 9 September 2012.
Firdaus Khalil Al-Bakri Al-Azizi. http://firdauskhalil.wordpress.com/2012/08/10/penggunaan-alkohol-dalam-perubatan/. Diakses pada 10 September 2012.
Diakses pada 1
September 2012.
Tiada Penulis. http://www.e-fatwa.gov.my/kategori-fatwa/perubatan?page=1. Diakses pada 18 Ogos 2012.