Gelombang Keadilan


Lagu ini begitu bermakna buat diri ini.
 Lagu yang penuh dengan makna yang tersirat dan tersurat..
Andai diri semakin lemah..suntikan kembali lagu ini mampu menaikan kembali semangat-semangat yang semakin pudar..moga diri semakin kuat menempuh cubaan dan dugaan yang bakal dihadapi.


Gelombang Keadilan
Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos sgala onak duri
Generasi baru yang tlah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati

Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan sgala kezhaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
hingga pertiwi gapai sejahtera

Tak kan surut walau selangkah
Tak kan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat surga

SPM 24/9/2011

Hari ini mungkin menjadi SEJARAH bagi warga IPG Kampus Pendidikan Islam, Pengarah, JPP 2011 dan juga diriku dan keluarga. Muncul di kaca tv untuk ditemu bual bagi rancangan Selamat Pagi Malaysia TV1 secara siaran langsung tidak pernah terlintas di fikiran aku. Sempena Karnival Raudhah dan Keusahawan JPP, RTM menjadi salah satu penaja utama dalam menjayakan program mega ini. Walaupun mungkin ada yang menyatakan 'RTM je pun' tetapi cukup la ' RTM je pun' dapat membawa dalam mempromosikan program kami ini dan sekali gus dapat memperkenalkan IPG KPI di mata masyarakat. Guru mampu melakukan apa sahaja bukan hanya berada di sekolah dan mengajar semata-mata.


Bukan kerana masuk tv yang sebenarnya aku ingin kongsikan tapi aku akan ceritakan disebalik kisah hidup sepanjang memegang amanah ini.

Sebaik sahaja  ditaklifkan untuk memegang jawatan sebagai  Yang Di Pertua JPP ini, aku merasakan ia merupakan suatu amanah yang sangat berat yang mesti aku laksanakan sebaiknya. Bukan aku yang inginkan jawatan ini, namun telah terpapar di suratan takdir bahawa Fakrul Hafiz menjadi YDP JPP 2011. Bukan mudah untuk memimpin manusia, pasti akan melalui pelbagai tribulasi dan mehnah ujian. Kekuatan dan semangat kadang-kadang datang, kadang pergi tetapi aku sematkan dalam hati walau apa pun tugas ku terima, buat sehabis baik.

Namun aku terima amanah ini dengan hati sangat berat. Walaupun berat aku menerima kekuatan daripada sahabat-sahabat seperjuanganku yang tidak pernah lelah memujuk dan memberi sokongan kepada diriku ini di samping sahabat-sahabat JPP yang jarang mengecewakan aku dalam melaksanakan tugasan dan tanggungjawab masing-masing. Bab kata Ustaz, kalau bukan kita sapa lagi.. Perjuangan itu harus diteruskan.

Kadangkala aku juga merasa diri ini tidak dihiraukan dan diambil perhatian dan kadangkala-kala aku merasakan diri aku sendirian menghadapi ujian-ujian yang melanda namun aku silap, sebenarnya masih ramai sahabat seperjuanganku menyokongku daripada belakang. Indahnya ukhwah andai hati ini sentiasa bersih daripada buruk sangka.

Tanpa sahabat-sahabat mungkin aku tersungkur dijalanan, hidup ini saling memerlukan antara satu sama lain. Umpama bumi amat memerlukan langit, lesung memerlukan alunya. Dalam keasyikan aku merasakan keseronokan dalam melaksanakan program seumpama ini, aku bimbang andai aku mula lupa akan orang sekeliling dan aku lupa akan Maha Kuasa yang mempunyai sebaik-baik perancangan. Kita hanya merancang, tetapi Allah mentukan segala-galanya. Semoga segala program dan perancangan yang telah dilaksanakan mahupun bakal dilaksanakan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah. Hanya kepadaMu tempat ku bergantung..Hasbunaallah wanikmal wakil,  nikmal maula , nikman nasir.

**KaRAk**


Jangan salah anggap yer..

Ini bukan cerita KARAK yang SERAM itu..

Pihak JPP IPG Kampus Pendidikan Islam

akan menganjurkan

KARNIVAL RAUDHAH & KEUSAHAWANAN (KARAK) 

Bermula pada 26 September- 01 Oktober 2011

Semua dijemput hadir..

Terutamanya warga IPG KPI ..

Sokongan kalian amat dihargai..


Pelbagai acara menarik akan diadakan antaranya seperti di bawah :



Jangan ketinggalan..

Sertailah program-program menarik yang kami anjurkan..


Jom cungkil bakat yang terpendam

Pakat mai ramai-ramai

Ajak-ajaklah kenalan yang berdekatan

Bersama-sama memperkenalkan IPG KPI kepada masyarakat

Sayangilah IPG KPI


Ingin mengikuti perkembangan KARAK 11..
layarilah laman Facebook kami di SINI





Syoknya Raya!!

Alunan takbir raya bergema menunjukkan Syawal telah pun tiba...

Ada gelak ketawa dan ada yang sedih dan hiba..

Itulah yang dikatakan Hari Raya Hari Lebaran..

Hari yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam..

Tidak mengira kecil mahupun yang tua...
Datangnya Syawal jua menunjukkan berakhirlah Ramadhan yang mulia..

Semoga kita memperoleh ijazah taqwa melalui madrasah Ramadhan yang di lalui ini...


Saya ingin memohon seribu kemaafan kepada semua kenalan dan warga IPG KPI yang mengenali saya. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Bersahabat dalam organisasi

Sahabat berbeza dengan rakan. Perbezaannya boleh ditakrifkan mengikut pendapat masing.  Seringkali kita diperingatkan tak kenal maka tak cinta. Begitu perumpamaannya apabila berada dalam sesebuah organisasi. Persahabatan sangat penting bagi memastikan kerja yang dijalankan dapat dilaksanakan dengan mudah dan senang hati. Sikap kebersamaan dalam diri pasti dipupuk dengan adanya ukhwah yang utuh antara anggota organisasi.

Walau dimana posisi kita dalam sesebuah organisasi sahabat itu amat diperlukan.

"Kemuncak persahabatan itu bukan daripada tangan yang dihulurkan senyuman yang penuh mesra ataupun keseronokan semasa bersama.Ia adalah inspirasi spiritual yang muncul kepada seseorang apabila dapati ada orang lain yang mempercayainya dan sanggup meletakkan kepercayaan yang tulus ikhlas kepadanya." Penyajak Ralph Waldo Emerson

John C. Maxwell  ada menyatakan di dalam bukunya The 360 degree leader

Keseronokan akan timbul apabila persabatan terjalin

Jalinkan persahabatan dalam kerja berpasukan
  • Persahabatan asas kepada pengaruh
  • Persahabatan adalah rangka kerja bagi kejayaan
  • Persahabatan adalah tempat berlindung semasa susah
Bagaimana menjadi seorang sahabat
  • Dengar!
  • Cari minat yang serupa dan tiada kaitan dengan kerja
  • Dapat dihubungi di luar waktu urussn
  • Jangan terlalu serius
  • Berkata benar
"Sahabat baik adalah seorang yang dapat melahirkan bakat terpendam yang tertanam dalam dirimu"-Henry Ford

Bukan untuk menagungkan ungkapan orang barat, namun yang baik kita ambil yang buruk kita tinggal. Ilmu itu hikmah yang hilang.

Namun Islam jua amat menekankan ukhwah islamiyyah. Dalam rukun baiah ke-9 jua menekankan soal ukhwah.

Sekadar perkongsian
Boleh la berkunjung ke side di bawah dan boleh download sendiri yer..
 USRAH DAN DAKWAH - Al-Imam Hassan Al-banna

Suburkan Jiwa

" Hanya kepada Engkaulah kami beribadah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan" Al-Fatihah-5

Surah Al-Fatihah tidak asing lagi umat islam membacanya. Tidak mengira usia tua mahupun kanak-kanak.

"Dan sesungguhnya , kami memberikan kepada mu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al-Quran yang Agung" Al-Hijr -87

Yang dimaksudkan tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang itu ialah surat Al-Fatihah..

Sedarkah kita telah membaca Al-Fatihah sebanyak 17 kali sehari tidak termasuk dengan bacaan ketika solat sunat.

Namun begitu, beraba ramaikah yang begitu menghayati akan ayat-ayat CINTA ALLAH ini..

Jauh menusuk kalbu akan ertinya..walaupun hanya mempunyai 7 ayat..tapi penuh dan sangat-sangat bermakna buat umat islam.

Hanya kepada Allah kita sembah dan hanya kepada Allah jua tempat kita bergantung.

Empat golongan manusia yang ditinjau dari keikhlasan amalnya iaitu
  1. Hamba yang ikhlas dan mutaba'ah (Al-Mulk :2)
  2. Orang yang ikhlas dan tidak pula mutaba'ah (Ali-Imran:188)
  3. Orang yang beramal ikhlas tapi tidak ittiba'
  4. Orang beramal dengan ittiba' tapi bukan untuk Allah.
Renung-renungkan

Dan di antara tanda-tanda kebesaranNya Surah Ar-Rum

Assalamualaikum

﴿فَسُبْحَانَ اللَّهِ حِينَ تُمْسُونَ وَحِينَ تُصْبِحُونَ
Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka bertasbihlah kepada Allah semasa kamu berada pada waktu malam dan semasa kamu berada pada waktu subuh.-Ar-Rum 30:18


﴿وَلَهُ الْحَمْدُ فِى السَّمَـوَتِ وَالاٌّرْضِ﴾﴿وَعَشِيّاً وَحِينَ تُظْهِرُونَ﴾
Serta pujilah Allah yang berhak menerima segala puji (dari sekalian makhlukNya) di langit dan di bumi, dan juga (bertasbihlah kepadaNya serta pujilah Dia) pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu zuhur.-Ar-Rum 30:19

Sentiasalah bertasbih dan mengingati Allah setiap masa siang dan malam.
Amalkanlah Mathurat yang telah disusun oleh As-Syahid Imam Hasan Al-Banna..Pagi dan petang. Dalam ayat-ayat suci Surah Ar-Rum ini menceritakan akan antara tanda-tanda kebesaran Allah

1. Menghidupkan yang Mati dan Mematikan yang Hidup

Ia mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup, serta menghidupkan bumi sesudah matinya; dan sedemikian itulah kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur).Ar-Rum 30:20

2. Ciptakan Manusia dari Tanah dan terdapat Peringkat  Kejadian

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya (menghidupkan kamu semula), bahawa Ia menciptakan kamu dari tanah; setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadian kamu, kamu menjadi manusia yang hidup bertebaran di muka bumi.Ar-Rum 30:21

3. Ciptakan Kaum Lelaki dan Perempuan dan perasaan Kasih Sayang dan Balas Kasihan

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.Ar-Rum 30:22

4. Kejadian Langit dan Bumi

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.Ar-Rum 30:23

5. Tidur waktu Malam dan Mencari Rezeki waktu Siang

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kemurahannya dan kasih sayangNya ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari, dan usaha kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya (pada kedua-dua waktu itu). Sesungguhnya keadaan yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).Ar-Rum 30:24

6. Kilat dan Hujan

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya, Ia memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu. Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahamiNya.Ar-Rum 30:25

7. Terdirinya Langit dan Bumi dalam Keadaan Menakjubkan

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan keluasan ilmuNya dan kekuasaanNya, ialah terdirinya langit dan bumi (dalam keadaan yang menakjubkan itu) dengan perintah dan penentuan takdirNya; akhirnya apabila Ia menyeru kamu dengan satu seruan (supaya kamu bangkit hidup semula) dari bumi, kamu dengan serta merta keluar (dari kubur masing-masing).Ar-Rum 30:26

8. Semua Makhluk di Langit dan Bumi tunduk kepada Hukum PeraturanNya
Dan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi adalah hak kepunyaanNya, masing-masing tetap tunduk kepada hukum peraturanNya.Ar-Rum 30:27

9. Memulakan Kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah mereka mati)

Dan Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah mereka mati), sedang perlaksanaan yang demikian amatlah mudah bagiNya. Dan bagiNyalah jua sifat yang tertinggi di langit dan di bumi, dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.Ar-Rum 30:28