Nasib Syria




Dr Khaled al-Hendawi ketika menyampaikan  Ceramah Umum “Syria: The Inside Story”  di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam telah merakamkan penghargaan atas keprihatinan rakyat Malaysia berkenaaan isu Syria. Menurutnya, pembunuhan terhadap golongan dewasa, wanita dan kanak-kanak dilakukan  oleh golongan yang menentang Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) sejak 40 tahun yang lalu.

Sejak 40 tahun, tambahnya, seramai 60,000 orang syahid dan rejim Basyar telah melakukan penyembelihan rakyat tidak kurang daripada 100 tempat tanpa bantuan mana-mana pihak untuk rakyat.

Terkini, rakyat bangun dengan lebih bersemangat bila ditindas ditambah lagi dengan para tentera Syria yang berpaling tadah meninggalkan rejim ini yang mencecah 200,000 orang. Beliau menterjemahkan iman kita ibarat muslim yang satu jasad menentang rejim yang zalim ini.

“Pemerintah yang bertamadun ialah yang adil bukan yang menindas dan memenjarakan saudaranya,” ujarnya. 

Katanya, meskipun rejim ini mendakwa kononnya mereka menentang Yahudi, sejak 40 tahun lalu, rejim ini tidak pernah bunuh walau seorang Yahudi pun malah kini telah menghalakan senjata mereka dan membunuh 60,000 rakyat yang tidak berdosa. 






Tambah Khaled, PM Israel Benjamin Netanyahu pernah berkata bahawa Basyar Al-Assad merupakan orang yang dikasihinya seperti mana mereka kasihi ayahnya (Hafez Al-Assad) yang kekal membawa kebaikan dan kemaslahatan kepada Israel.

Mengatakan mereka berjuang melawan Israel merupakan satu penipuan. Baru-baru ini, di perkampungan bernama Hawlah, seramai  150 orang disembelih, dicincang termasuk 50 orang kanak-kanak. Ujarnya, rejim ini telah dibantu oleh Russia, Hizbullah dan Iran yang ingin menghapuskan rakyat ASWJ.

Menurut beliau lagi, ada menara masjid yang ditembak rejim, di tempat bernama Dar’a, negeri kelahiran Imam An-Nawawi dan ada juga rakyat yang ditanam hidup-hidup kerana tidak mahu mengatakan “Tiada Tuhan melainkan Assad”.

Pimpinan Ikhwan Muslimin  Syria, Dr Amer Abu Salamah pula menambah, rakyat Syria menampakkan keberanian mereka hingga sanggup berkorban dan syahid, ribuan mereka yang cedera dan lebih 2 juta menjadi pelarian. 

Katanya, umat Islam amat simpati dengan apa berlaku di Gaza dan memang wajib kita bantu umat Islam di Gaza. Beliau turut mencetuskan persoalan yang mengheningkan suasana: 

“Kini berlaku di pelbagai tempat di Syria seperti mana yang berlaku di Gaza. Di manakah saudara-saudara Islamku yang telah membantu saudaranya di Gaza? Takutlah Allah, hendaklah kamu bersama dengan anak yatim yang dizalimi, mata dikorek, leher mereka dikapak.” 

Tambahnya, Kesatuan Ulama Sedunia yang berjumlah 50,000 yang diketuai oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi turut menyokong rakyat Syria dan mengatakan kewajipan umat Islam membantu rakyat Syria.

::Ayuh selamatkan rakan seaqidah kita di Syria::

:: Lumrah Hidup ::



Sabda Rasulullah s.a.w:
"Hindarilah zina sebab ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir & mengurangi

umur sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka."
(Hadis riwayat Baihaqi)

Sebenarnya Islam tidak memusuhi cinta. Malah Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia. Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita,Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara,tentulah ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin,ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan.

Sabda Rasulullah saw :
Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah
(Ibni Majah)

Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.

Allah S.W.T berfirman :

“Dan tidak ada dosa kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengahwini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kawin dengan mereka secara rahsia, kecuali sekadar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang maaruf..”
(Al-Baqarah : 235)




Tingkatan Ukhuwah



Berikut merupakan tingkatan-tingkatan Ukhuwah:
  1. سلامة الصدري (berlapang dada)
  2. مسوة (kesamarataan)
  3. إثر (melebihkan sahabat)

::Sama-samalah kita tingkatkan ukhuwah kita dalam bersahabat::
::Doakan yang terbaik demi diri sendiri dan para sahabat disekeliling kita::
::Amen::

SK Sungai Lui Masuk AJL

Assalamualaikum....

Fuhyoo!!!.....
Bangga Pun Ade....
Sungai Lui Masuk AJL....











                                                                                                                          Sejarah terbesar Sg Lui.....
                                                                                   Empunyer tempat Praktikumku...SK SUNGAI LUI

Terimalah...nyanyi jap!!!




Aizat-Sungai Lui

Pejamkan matu mu untuk ku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu disini tempatmu
Walau berubah dimata kita
Tetap indah selagi kau masih percaya

Tertawa kecewa terpisah

Jalan yang lurus yang berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
Bukalah matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya
Selama ini ( 7x )

Best lagu ini ada elemen muzik angklung yg digabungkan dengan muzik rock aizat, Aizat memang berbakat.


Semoga Lagu nyayian Aizat dapat mengangkat martabat Sg Lui
(indahnya ciptaan Allah S.W.T)
InsyaAllah

????????????
????????????
????????????

( Berhibur tiada salahnya....kerna hiburan itu indah...hanya pabila salah memilihnya, membuat kita jadi bersalah....)



Ops!!! terlupalak.....
Pada 30 Januari 2012 (ISNIN nie)....
bermulalah aku sebagai seorang guru praktikum...
moga kejayaan yang bakal di bawa oleh Aizat menaikkan semangat aku untuk terus menyumbang bakti di 


-SK SUNGAI LUI-

Bebanan yang Mendidik

Alhamdulillah biiznillah, esok tanggal 16 JANUARI 2012 maka berakhirlah salah satu amanah dan taklifan yang telah ditetapkan kepadaku. Menjadi pemimpin ini bukan sesuatu yang mudah. Segala keputusan akan tertumpu kepada mereka yang berada di atas. Itulah pentingnya kita memilih pemimpin yang sebenar-benarnya.


Bebanan yang Mendidik

Aku tidak tahu bagaimana ingin aku meluahkan perasaanku sekarang ini. Terlalu banyak pahit manis yang aku lalui sepanjang melalui liku-liku kehiudpan sepanjang berada dalam organisasi kepimpinan ini. Ingin melepaskan suatu jawatan yang paling penting dalam perwakilan pelajar boleh dinyatakan bahawa satu bebanan telah hilang. Bebanan yang mampu mengajar kita menjadi lebih matang dengan masalah-masalah yang dihadapi, bebanan yang mendidik kita untuk terus tabah dan kuat dalam menghadapi dugaan, ancaman dan cabaran, bebanan yang mengajar kita mendengar dan menghormati pandangan orang lain, bebenan yang membentuk kita agar menjadi lebih baik daripada hari semalam, bebanan yang menunjukkan kepada kita akan bernilainya masa dan peluang dalam kehidupan kita, bebanan yang membawa kita untuk terus menjadi qudwah hasanah kepada mereka yang berada di bawah lingkungan kepimpinan kita. Terlalu banyak yang ingin dicoretkan akan betapa banyaknya ilmu dan pengalaman yang diperolehi ketika kita menjadi pemimpin.

Hidup Umpama Roda

Kadangkala kita tidak sedar bahawa apa yang kita lalui sebelum dan sekarang ini adalah satu persediaan kepada kita untuk mengharungi kehidupan yang sebenar selepas ini. Sejarah itu pasti berulang, kerana itulah ia dijadikan sebagai rujukan  dan kajian bagi memastikan sejarah yang buruk itu tidak berulang dan sejarah yang baik itu terus dijulang.

Hidup ini umpama roda. Kadangkala kita berada di bawah dan kadangkala kita berada di atas. Dengan itu haruslah memastikan diri ini sentiasa bersedia menghadapi dalam apa situasi sesekalipun kita berada di atas di bawah dan di tengah.

Amanah dan Pengorbanan

Ketika kehidupan berada dalam ikatan amanah, gaya hidup tidak mampu mengikut kepuasan hati sendiri semata-mata. Amanah yang dipikul bukan sekadar mencari pengalaman  tetapi melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi. Memperoleh keredhaanNya disamping menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.

Menjadi pemimpin itu juga amanah bukan satu kebanggaan. Tiada istilah mereka gila kuasa dan pangkat. Ketahuilah tanggungjawab ini wajib dilaksanakan bagi menyambung rantai-rantai mereka yang terdahulu.

Teringat akan kisah pemimpin hebat Umar Abdul Aziz disaat kepimpinannya tiada seorang pun layak menerima zakat. Badannya juga kurus setelah memegang amanah tersebut. Digunakan kuasa yang ada sebaiknya. Lihatlah pemimpin-pemimpin yang terdahulu begaimana  mereka memandang sebuah amanah itu.

Mengambil Peluang

Buat pemuda pemudi harapan bangsa ambillah peluang untuk menjadi salah seorang pemimpin. Lahirnya manusia di muka bumi sebagai seorang juara dan pemimpin. Serlahkan bakat kepimpinan yang anda untuk memastikan kita melaksanakan salah satu tugas utama kita di dunia ini.

Bukan pangkat yang dicari, keredhaan Ilahi paling penting. Melaksanakan AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR menjadi kewajiban kepada seorang muslim.

Hidup ini bukan hanya mengisi perut yang kosong, memastikan TPNG sentiasa tinggi dan mendapat keselesaan dalam segala aspek.

Bukan mudah mendapat kenikmatan yang kekal abadi buat selama-lamanya tanpa ada pengorbanan ketika udara masih mampu disedut.

Setiap orang pasti tahu tahap kemampuan dan keupayaan mereka. Dengan itu andai merasakan satu seruan yang kuat untuk meletakkan kita pada tempat pemimpin sahutlah seruan itu.


Buat Pimpinan akan Datang

Dengan niat untuk mengingati dan mendidik, jadilah pemimpin yang mampu menjaga hubungan dengan Allah dan manusia. Jadilah pemimpin yang jauh lebih baik daripada pimpinan-pimpinan yang terdahulu. Kerana hari ini lebih baik daripada semalam.

Laksanakan tanggungjawab yang sebaiknya. Jangan dibiarkan taklifan yang dibebankan itu menjadi satu fitnah kepada agama dan organisasi. Haruslah dipastikan sesuatu perancangan itu diteliti terlebih dahulu, dimantapkan akan pengurusan dan perlaksanaannya. Kita hanya merancang dan Allah yang menentukannya.

Cuba bersihkan tanggapan kita terhadap jawatan yang diberi. Apa posisi sekalipun yang diberikan haruslah dilaksanakan sebaik-baiknya. Buatlah sehingga hati kita merasai nikmat kepuasan dan hasilnya mampu memberi impak kepada yang terlibat. Biar busuk dipandang manusia namun wangi di sisi Allah.

Laksanakan tanggungjawab seikhlas dan sejujurnya. Kerana kepercayaan akan timbul melalui apa yang kita lahirkan melalui perbuatan mahupun hasil daripada perbuatan itu.

Jangan takut sebelum mencuba sesuatu. Selagi tidak bertentangan dengan syariat, teruskanlah sehabis baik.

Jangan takut dengan tugas yang diberikan, yakinlah Allah akan sentiasa memberi pertolongan kepada hamba-hambaNya. Berdoalah dan berserahlah kepada Allah atas segala usaha yang telah dilaksanakan.

Jangan kita terlalu angkuh andai sesuatu yang dirancang menjadi buah mulut dan kebanggaan, ingatlah siapakah yang memberi kemenangan itu.

Akhir kalam, jadilah pemimpin sebenar-benarnya.

Taklif laa Tasyrif

YDP
JPP IPG KPI
2011/2012






Selangkah Kehadapan

Bismillah..
Tidak ku sangka begitu cepat masa berlalu. Hari menghitung hari tinggal setahun lagi untuk meneruskan pengajian di institut pendidikan guru ini. Selepas ini akan bekerja untuk mendidik ummat. Pengalaman hampir 4 tahun setengah di sini begitu banyak mengajarku erti sebuah kehidupan yang sebenar. Walaupun belum dibebani dengan tanggungjawab sebagai suami dan ayah lagi, tanggungjawab sebagai pelajar dan anak sudah cukup menggambarkan begitu berat amanah yang Allah berikan kepada umat manusia. Patutlah gunung tidak mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi.

   Jika dilihat akan jumlah pertambahan penduduk di Malaysia, kebanyakan mereka yang mempunyai bertambahan yang agak ramai yakni dengan melahirkan anak ramai adalah negeri-negeri seperti KELANTAN, TERENGGANU dan lain-lain negeri. Pernah satu ketika terdetik di fikiran, kenapa mereka inginkan anak yang ramai. Ada yang memberi sebab kerana ingin menambahkan lagi ummat NABI MUHAMMAD s.a.w. Benar, dengan kekuatan jumlah yang amat memberangsangkan ini sangat berguna andai dididik sebaik-baiknya. Mereka inilah yang akan memperjuangkan ISLAM.

  Anak itu anugerah ilahi. Doa anak soleh juga tergolong antara yang dibawa sampai ke sana. Pentingnya didikan Islam kepada anak-anak ini. Andai tersilap didikan dan menggunakan jalan yang salah, maka ia bagaikan tidak memberi makna sedikit pun malahan ibu bapa pula yang akan disoal kelak atas kecuaian tidak melaksanakan tanggungjawab mendidik anak-anak dengan agama sebaiknya.

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Penjaganya adalah malaikat-malaikat yang kasar,yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."
- Al-Tahrim : 6
 
Tugas dan Tanggungjawab
    Seorang lelaki diamanahkan untuk menjadi anak yang soleh, abang, adik, ayah, atok dan macam-macam lagi. Bukan sekadar itu gelaran yang diberikan kepada kaum ADAM ini, namun juga dihadiahi dengan tanggungjawab yang besar untuk menjadi pemimpin. Menjadi sebesar-besar pemimpin hinggalah menjadi sekecil-kecil pemimpin. Tanggungjawab seorang ayah kepada anak perempuannya, tanggungjawab seorang abang atau adik kepada adik-beradik perempuannya, tanggungjawab suami kepada isterinya, tanggungjawab anak lelaki kepada ibunya..Banyak lagi.

    Dilahirkan manusia dimuka bumi tidak lain dan tidak bukan hanya untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Tiga tanggungjawab asas yang perlu diketahui oleh semua ummat islam adalah sebagai HAMBA , DAIE dan KHALIFAH di muka bumi ini. Barang siapa yang mengucapkan kalimah tiada tuhan melainkan ALlah  dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, dan mereka adalah DAIE.

Realiti Situasi Masyarakat Kini

    Statistik jumlah pendaftaran anak luar nikah semakin meningkat menunjukkan seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010. Sabah mencatat angka tertinggi dengan (41,490) orang, diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570). Jumlah ini bukan rekaan semata-mata, jumlah merupakan data yang diambil daripada pihak yang bertanggungjawab untuk merekodkannya. Langsung tidak terkejut memandangkan akhir-akhir ini masalah pembuangan bayi amat rancak dijalankan. Rata-rata bulan yang dipilih untuk melahirkan bayi yang tak bersalah ini adalah bulan antara bulan OGOS  hingga bulan NOVEMBER.

  Pernah tak terfikir, kenapa bulan ini begitu popular berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Inilah dikatakan anak-anak hasil cintakan negara dan anak-anak hasil suci dan tegarnya hubungan sebuah percintaan. ANAK-ANAK HASIL MALAM TAHUN BARU DAN VALENTINE DAY. Tanda kasihnya mereka terhadap hasilnya, anak-anak ini dibuang untuk menghilangkan rasa malu empunya perbuatan. Ini baru dikaitkan dengan masalah pembuangan bayi dan anak luar nikah, belum disentuh akan masalah jenayah yang melibatkan golongan bawah umur. Pelajar-pelajar sekolah yang terlibat dengan masalah jenayah dadah dan banyak lagi.

Kesan Generasi Masa Depan

   Ketika generasi muda kini yang semakin ramai mengenal islam, dalam masa yang sama generasi muda di bawahnya semakin tidak tahu hala tuju. Golongan yang dibahagi kepada 3 iaitu golongan dewasa dan tua, golongan pemuda dan pemudi, dan golongan remaja dan kanak-kanak. Anak-anak tidak bersalah ini akan membesar dan semakin membesar mengjalankan kehidupan seperti biasa. Namun kekurangan daripada faktor persekitaran dan baka akan sedikit sebanyak menjejaskan kronologi kehidupan mereka. Tidak tahu akan nasad keturunan mereka. Aspek rohani, emosi, jasmani, spiritual semuanya terjejas.

  Bila nama tiada ayah, kawan-kawan ada yang mengejek. Takut untuk menghadapi orang ramai. Tidak terlepas jua akan mengalami masalah disiplin di sekolah kelak. Hal inilah yang membimbangkan generasi guru akan datang. Kami guru-guru pelatih telah membayangkan menghadapi golongan ini. Jika statistik dikira sejak 2008 dan 2010 kini menghampiri 2012. Maka sekarang lingkungan umur 4 tahun. 3 tahun lagi akan masuk ke bangku sekolah, kamilah yang menjadi guru-guru kepada mereka kelak.

Peranan Pendidik

 Semua guru perlu bersedia menghadapi golongan ini. Persediaan mental,fizikal dan berjiwa kental perlu lebih ditekankan. Menghadapi dengan murid-murid yang bermasalah kebanyakannya berpunca daripada rumah dan keluarga. Sejajar dengan itu, guru bukan sahaja berperanan untuk mengajar subjek semata-mata. Tugas guru itu mendidik, mendidik ummat. Andai tidak cukup dengan didikan di rumah, sekolahlah menjadi tempat didikan sebenar mereka. Haruslah guru mengetahui asal usul anak didik mereka. Dengan mengetahui latar belakang anak didik mereka terlebih dahulu, kita dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi dan bagaimana strategi, kaedah dan pendekatan yang ingin digunakan. Jagalah hati dan perasaan mereka andai kita ingin mengdekati mereka. Jangan pilih kasih. Jangan pandang asal usulnya , pandanglah masa depan mereka.

   Mendidik anak bangsa agar mengenal akan matlamat sebenar kita dilahirkan. Bukan kejayaan dunia sahaja kita inginkan, malahan kejayaan akhirat jua jangan diabaikan. Tidak rugi sedikit pun andai kita bersungguh-sungguh untuk melahirkan insan yang berguna walaupun bukan anak kita sendiri. Yang pasti saham akhirat kita akan terus bergerak dan bertambah. Percubaan Kementerian Pendidikan mengenakan 9 jam waktu kerja bagi guru di 4 buah negeri yang terpilih memberi kejutan yang besar. 9 jam disekolah bukan sahaja memberi bebanan pada guru tetapi sedikit kebaikan bagi guru mengorbankan diri demi murid-murid tercinta. Bina hubungan baik dengan murid. Jangan terus menghukum sebelum menyiasat. Andai murid bermasalah, siasat latar belakangnya terlebih dahulu.

  Lahirnya anak adam dimuka bumi dalam keadaan suci bersih, ibu bapalah yang mencoraknya. Setelah tugas ibu bapa, tugas ini jatuh di bahu  guru. Waktu bersama guru lebih lama berbanding ibu bapa. Sebarkan fikrah ISLAM terhadap anak-anak didik kita. Kenalkan mereka dengan ISLAM SEBENAR-BENARNYA barulah mereka mengenal yang mana hak dan yang mana batil. Jangan takut sebarkan ISLAM. Allah sentiasa bersama orang-orang yang membantu agamanya.

  Kepada bakal-bakal guru baru akan keluar tidak lama lagi. Aplikasi kembali apa yang dipelajari berkenaan teori-teori dan kaedah penyebaran ilmu yang sewajarnya. Iklaskan kerana Allah untuk mengdidik ummat untuk mengenal YANG MAHA PENCIPTA. Anak-anak ini sedang proses perkembangan, ilmu-ilmu yang baik agak mudah lagi untuk melekat pada hati-hati yang masih bersih. Gunakan kesempatan itu, 'melentur buluh biarlah daripada rebungnya'.

 

Gelombang Keadilan


Lagu ini begitu bermakna buat diri ini.
 Lagu yang penuh dengan makna yang tersirat dan tersurat..
Andai diri semakin lemah..suntikan kembali lagu ini mampu menaikan kembali semangat-semangat yang semakin pudar..moga diri semakin kuat menempuh cubaan dan dugaan yang bakal dihadapi.


Gelombang Keadilan
Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos sgala onak duri
Generasi baru yang tlah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati

Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan sgala kezhaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
hingga pertiwi gapai sejahtera

Tak kan surut walau selangkah
Tak kan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat surga