Gerakan Freemason Di Malaysia (Ancaman atau Kehendak)




Freemason adalah sebuah organisasi yang sangat bersifat rahsia. Freemason dicetuskan oleh para Ksatria Templar (Pejuang Salib) yang pulang ke Eropah dari Jurusalem setelah kalah dari perang salib.

Untuk bacaan lanjut di Wikipedia sila lawati link ini http://ms.wikipedia .org/wiki/ Freemason dan buku tulisan Harun Yahya di http://www.harunyah ya.com/globalfre emasonry_ introduction. php (buku boleh juga di download di link ini).

Secara ringkasnya, ada pelbagai teori tentang sejarah awal pergerakan ini, antaranya adalah apabila Freemason dikaitkan dengan Kesatria Templar atau sekumpulan kecil pasukan kesatria yang telah memerangi tentara Islam di Jerusalem.

Terdapat pelbagai legenda dan teori lain mengenai asal-usul kewujudan Freemason. Ada yang mengaitkannya dengan kultus Iris-Osiris pada zaman Mesir kuno. Ada pula yang mengatakan bahawa ia ditubuhkan pada abad ke-2 SM oleh ahli kitab atau pendeta Yahudi daripada mazhab Essene.

Sesetengah ilmuan Freemason berpendapat bahawa bahawa Freemason menjejak akar umbi mereka kepada pembinaan Haikal Sulaiman (King Solomon’s Temple) di Jerusalem pada 967 S.M. Asas cerita itu tertumpu kepada seseorang yang bernama Hiram Abiff yang mendakwa mengetahui rahsia Haikal Sulaiman.

Maka berdasarkan teori-terori asal usul ini, pendapat umum mempercayai selain daripada pergerakkan ini menjalankan aktiviti-aktiviti kepentingan Yahudi dan zionis yang berselindung disebalik sosial, ada juga mempercayai bahawa matlamat akhir pergerakan ini adalah untuk membina semula Kuil Nabi Sulaiman di atas robohan Masjidil Aqsa. (rujuk: www.Islamonline. net ).

Aktiviti ritual dan kerahsiaannya


Pergerakan ini konon tidak membenarkan perbincangan mengenai hal agama dan plolitik dibawa kedalam setiap perjumpaannya di ‘Lodge Manson’nya (rumah pergerakan), kesemua bentuk Freemason berkongsi moral dan metafizik yang sama dan yang biasanya juga termasuk perisytiharan perlembagaan terhadap kepercayaan kepada satu Tuhan Yang Maha Agung (sumber: wikipedia).

Apa sebenarnya yang berlaku dan bagaimanakah ritual-ritual mereka menjadi satu kerahsiaan yang amat kuat, sehinggakan semasa perjumpaan dijalankan pekerja-pekerja biasa dirumah pergerakan tidak dibenarkan melihat dan semua pintu dan tingkap ditutup rapat. Ada pendapat yang mengaitkan ritual-ritual mereka bersumberkan amalan kono Yahudi.

---adakah ini ancaman atau kehendak negara?---

0 comments: