DUDUK LUAR ATAU DALAM?

Huish..Fening3x...aku tak mau fikir lagi...


Sahabat2 sekalian...dengar berita x?Pelajar PISMP Sem 3,5 dan 7 sekarang mesti tinggal diluar kampus...nie apabila naek semester depan la...

Murabbi Peez....dah x boleh pertahankan lagi kami ker?Kebajikan kami?Hak Kami...?

Semua mesti x taw kan..."kami ni" dah bersusah payah nak pertahankan...turun ...naik...pejabat timbalan...HEP...Penyelia Asrama...

Hampir tiap-tiap hari...aku...putranamza Man dan Biro Kolej Kediaman...siape 2?...orang N9...dah r x masuk kelas...asingment entah ape2 lagi....semuanya kerana sahabat sekalian...

Alamaknya...bangunan kena tambah lagi r nie...yang aku taw bangunan nak dirobohkan menunggu mase jer lagi...Kalo aku ade duit...boleh r bantu sahabat-sahabat...

Tapi kan....kitorang selalu kena marah...jadi kambing hitam r agaknya...

Sapelah kita...rambut sama hitam..tapi hati sama merah....siapa yang mengerti?

Perjuangan pelajar...aku utamakan....

Namun...aku tetap bersangka baik...

Senyum..tapi dalam senyuman Allah taw...Aku rase kan...Orang Yang pernah sertai "Organisasi" macam nie ajer yang taw pedihnya...TAPI...

Ade yang boat2 x taw jgk...kutuk dari belakang..."MAnUSIA Kan"

Ape-Apepun...INGAT SURAH As-Saff Ayat ke-3...Mudahan AKU dan KAWANKU laksanakan AMANAH dengan baiknya..INSYAAllah...

Akhir sekali...kepada sahabat..ini sahaja yang termampu...InsyaAllah keputusan dari "orang atas" akan berubah dengan doa sahabat2 sekalian...

LUAHAN RASA....Murabbi Peez

Berhati-hati Di Jalan Raya

Akhir-akhir ini banyak kejadian yang tidak diingini berlaku. Sekiranya pelajar-pelajar yang berada di Mesir, Turnisia, dan Libya menghadapai pergolakan dengan rusuhan, manakala pelajar Jepun dengan masalah bencana alam Tsunami. Di dada akhbar berita IPG pula memaparkan 4 orang pelajar IPG Sultan Mizan besut maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan kenderaan pensyarah mereka di Kilometer 12, Lebuh Raya Timur-Barat pada 10 Mac 2011 yang lalu. Berita disini.


Alhamdulillah pelajar IPG KPI selamat sampai ke kampung halaman masing-masing. Namun perlu diingatkan dalam kita bergembira dalam cuti sekolah ini jagalah diri kalian sebaik-baiknya. Ingatlah orang tersayang. Teringat pesanan orang-orang tua, jangan galok(gembira bergurau senda) sangat nanti jumpe golok. (versi klantan or terngganu).

Ajal maut itu ditangan Tuhan. Institut kita hampir setiap tahun ada pelajar yang meninggal dunia. Dengan itu, sayangilah diri anda, ketika berada di jalan raya berhemahlah, biar lambat asal selamat. Sekiranya sakit segeralah berjumpa doktor. 


Selamat bercuti dengan keluarga tercinta. Bagi mereka yang tidak pulang berharap bersabar dan manfaat cuti sebaiknya. Bagi mereka yang mempunyai urusan dengan pihak institut, semoga pengorbanan kalian diberkati Allah.


Pesanan Penaja


BERHATI-HATI DIJALAN RAYA
MANFAATKAN WAKTU CUTI DENGAN SEBAIKNYA

YDP IPG KPI



PERISTIWA 11 SEPTEMBER 2001

Satu bukti yang menunjukkan mengenai kehebatan Al-Quran ditemui. Fakta ini ditemui oleh Dr. Zaghlul Najjar, seorang ulamak Mesir yang bijak di bidang sains dan pernah mengajar di Amerika Syarikat. Beliau kini telah bertugas di Arab Saudi. Ramai saintis Barat telah menganut agama Islam hasil dakwah beliau yang menggabungkan fakta sains yang bertepatan dengan Al-Quran. Kajian-kajian beliau seiring dengan kehebatan Syeikh Abdul Majid Zandani, seorang ulama dari Yaman.

Penemuan terbaru beliau ialah berkaitan tragedi 11 September di WTC New York. Di dalam al-Quran terdapat ayat yang seolah-olah telah memberi isyarat awal mengenai kejadian ini (sedangkan al-Quran diturunkan lebih 1400 tahun yang lalu). Fakta tragedi tersebut ialah seperti berikut:

Fakta Peristiwa 11 September 2001

Ketinggian bangunan WTC: 110 tingkat
Tarikh kejadian: 11 haribulan
Bulan: 9 (September)
Tahun: 2001

Fakta yang terdapat di dalam al-Quran

Ayat yang menceritakan tentang musuh-musuh Islam iaitu ayat 110 dari surah At-Taubah.

"Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu sentiasa menjadi punca kegelisahan dalam hati mereka kecuali jika hati mereka telah terpotong-potong. Dan Allah itu Maha Mengetahui lagi Bijaksana".

Maka faktanya lebih kurang sama dengan kejadian 11 September:

Ayat yang ke 110: (Bangunan WTC 110 tingkat)
Juzuk ke 11: (Tarikh kejadian 11 haribulan)
Surah ke 9: (kejadian berlaku dalam bulan 9)
Huruf terakhir adalah huruf yang ke 2001: (kejadian berlaku pada 2001)

Ini adalah satu perbandingan yang tepat. Tetapi sejauh mana maksud Allah Taala di dalam ayat ini bertepatan dengan kejadian di Amerika Syarikat itu tidaklah pula kita ketahui. Oleh kerana ada persamaan fakta di antara keduanya, maka kita bolehlah mengambil iktibar bahawa tiada yang mustahil bagi Allah untuk melakukan apa sahaja dan ini membuktikan salah satu mukjizat Al-Quran. Subhanallah.