"Penggunaan Alkohol Dalam Perubatan"

::Alhamdulillah inilah hasil tulisan ilmiah sendiri::

::Isu Yang Dikaji : Penggunaa Alkohol dal Perubatan::
::Hari nie,tibe2 jer aku nak update blog nie...dah lama x update::
::Tp nie berbeza ckit dari biasa..........................::
::Health??? nie khas untuk rujukan umat islam yang keliru dengan Isu & Hukum : "Penggunaan Alkohol Dalam Perubatan"..InsyaAllah bermanfaat..Sila & Lihat!!!

DEFINISI ALKOHOL:
Menurut Kamus Dewan Bahasa:
 Alkohol ialah cecair yang mudah terbakar dan memabukkan yang terdapat dalam minuman keras.

Menurut Mu’jam Lughah al-Fuqaha:

 Alkohol ialah suatu agen atau unsur yang memabukkan yang terkandung dalam sesuatu bahan iaitu arak.

Dari Sudut Sains:

Alkohol adalah nama yang digunakan dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan hidroksi OH. Ia juga merupakan bahan cecair tanpa warna yang dihasilkan menerusi dua pemprosesan, pertama menerusi fermentation (penapaian), iaitu proses khas untuk menghasikan arak, dan kedua menerusi bahan kimia, iaitu proses bagi menghasilkan alkohol daripada petroleum. Hasil pemprosesan ini dikenali juga sebagai etanol atau etil alkohol. Umumnya, alkohol dan arak merupakan dua entiti yang berbeza di mana alkohol lazimnya terdapat di dalam proses pembuatan arak, tetapi alkohol itu pada zatnya sendiri adalah bukan arak. Ini kerana, perbezaan yang ketara di antara alkohol dan arak ialah alkohol tidak memabukkan tetapi ia mematikan bagi sesiapa yang meminumnya dalam kuantiti yang banyak, manakala arak pula sifatnya memabukkan tidak mematikan.


(Sample i:)
(Sample II:)


HUJAH DARIPADA NAS AL-QURAN DAN AL-HADIS TERHADAP ARAK (ALKOHOL)




$
pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#þqãYtB#uä $yJ¯RÎ) ãôJsƒø:$# çŽÅ£øŠyJø9$#ur Ü>$|ÁRF{$#ur ãN»s9øF{$#ur Ó§ô_Í ô`ÏiB È@yJtã Ç`»sÜø¤±9$# çnqç7Ï^tGô_$$sù öNä3ª=yès9 tbqßsÎ=øÿè? ÇÒÉÈ   $yJ¯RÎ) ߃̍ムß`»sÜø¤±9$# br& yìÏ%qムãNä3uZ÷t/ nourºyyèø9$# uä!$ŸÒøót7ø9$#ur Îû ̍÷Ksƒø:$# ÎŽÅ£÷yJø9$#ur öNä.£ÝÁtƒur `tã ̍ø.ÏŒ «!$# Ç`tãur Ío4qn=¢Á9$# ( ö@ygsù LäêRr& tbqåktJZB ÇÒÊÈ  

Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah Termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).
                                                                                  (Surah Al-Maidah: 90-91)



ANALISIS PANDANGAN ULAMA’ DAN BANDING BEZA HUKUM TENTANG PENGGUNAAN ALKOHOL DALAM PERUBATAN




Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-Ubatan

          Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambilkira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

  1. Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis. 
  2. Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
  3. Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyaialkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.
  4. Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
  1. Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh) dimakan/diminum. 
  2. Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%. 
  3. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.

PANDANGAN ULAMA:
            Ulama fiqh berbeza pendapat mengenai hukum berubat dengan benda yang haram kerana darurat. Di antara mereka ada yang mengatakan bahawa berubat itu tiding dipandang darurat yang sangat mendesak sebagaimana halnya makan, berdasarkan sebuah sabda Rasulullah S.A.W yang berbunyi:
إن الله لم يجعل شفائ كم فيما حرم عليكم

                Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Taala tidak menjadikan penyembuh kamu (ubat) dengan sesuatu yang diharamkan atas kamu.”
                                                                                                                                                                                                -Riwayat oleh Bukhari-
            Manakala sebahagian mereka pula mengatakan bahawa keadaan itu adalah darurat, sehingga mereka menyamakan kepentingan berubat itu dengan makan,dengan alasan bahawa kedua-duanya itu adalah merupakan kemestian bagi kelangsungan hidup. Dasar hukum yang mereka gunakan dalam hal ini ialah sebuah riwayat yang menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W membenarkan Abdul Rahman bin Auf dan Zubir bin Awwam memakai sutera kerana penyakit yang diderita oleh kedua-dua sahabat baginda itu, sedangkan memakai sutera itu adalah haram hukumnya bagi lelaki.

            Barangkali pendapat inilah yang lebih hampir kepada roh Islam yang sentiasa melindungi kehidupan manusia dalam seluruh perundangan dan peraturannya. Bagaimanapun, rukhsah terhadap menggunakan ubat daripada benda yang diharamkan itu hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

Ø  Nyawa manusia itu akan terancam jika dia tidak berubat
Ø  Tiada ditemui ubat selain daripada ubat yang haram itu
Ø  Adanya suatu pengakuan daripada seorang doktor muslim yang boleh dipercayai, baik pemeriksaan, kepakaran mahupun agamanya.

            Namun begitu, al-Qardhawi mengatakan, bahawa menurut yang beliau ketahui, dan berdasarkan kenyataan daripada penyelidikan doktor yang dipercayai, tidak ada darurat yang membolehkan seseorang berubat dengan sesuatu yang diharamkan.
            Berkenaan dengan khamar, jelas sekali bahawa ia adalah penyakit, bukan ubat. Suatu ketika, Rasulullah S.A.W pernah ditanya orang berkenaan dengan hukum menjadikan arak sebagai ubat. Maka baginda Rasulullah S.A.W menjawab dengan sabda baginda yang berbunyi:
إنه ليس بدواء ولكنه داء

Maksudnya: “Sesungguhnya arak itu bukan ubat, tetapi penyakit.”

-Riwayat oleh Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Al-Tarmizi-


            Demikian juga sabda Rasulullah S.A.W yang berbunyi:
إن الله أنزل الداء والدواء وجعل لكم داء دواء ولاتداووا بحرام

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Taala telah menurunkan penyakit dan ubatnya dan menjadikan untuk kamu bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya. Oleh yang demikian, maka janganlah kamu berubat dengan yang haram”

 -Riwayat Abu Daud-

            Adalah sesuatu yang tidak aneh, jika Islam melarang berubat dengan arak dan benda-benda yang diharamkan. Kerana Ibnu al-Qayyim mengatakan :

“Diharamkan sesuatu itu bermakna agar sesuatu itu dijauhi selamanya-lamanya dengan bagaimana cara sekalipun. Oleh yang demikian, jika arak itu boleh dipakai untuk berubat, bererti ada suatu anjuran atau galakan supaya orang meminumnya. Ini jelas bertentangan dengan apa yang sudah dicanangkan oleh syarak.”

            Selanjutnya Ibnu Qayyim mengatakan, bahawa membolehkan berubat dengan arak, terutamanya terhadap orang yang telah mempunyai kecenderungan terhadap arak, akan menarik orang untuk meminumnya demi memenuhi keinginan syahwatnya dan untuk bersenang-senang, terutama bagi orang yang sudah dimaklumkan bahawa arak boleh menghilangkan penyakitnya, maka sudah pasti dia akan mengamalkan meminumnya untuk kesembuhan penyakitnya.

            Jika ditinjau dari sudut kejiwaan, Ibnu al-Qayyim mengatakan, bahawa syarat untuk sembuh daripada penyakit itu hendaklah berubat dengan sesuatu yang boleh diterima oleh akal dan yakin akan manfaat ubat tersebut serta adanya barakah kesembuhan oleh Allah taala. Sedangkan dalam hal ini, sudah cukup dimaklumi, bahawa setiap orang Islam sudah begitu yakin akan haramnya arak, yang kerana haramnya itu boleh menghalang umat islam terhadap mempercayai bahawa arak itu mengandungi manfaat dan barakah, sehingga dengan demikian, seorang muslim tidak dapat untuk berbaik sangka dengan menganggap arak itu sebagai ubat untuk berbaik sangka dengan menganggap arak itu sebagai ubat yang dapat diterima oleh akal. Malahan, semakin kuatnya iman seseorang, akan semakin besar pula kebenciannya terhadap arak tersebut. Kerana memang demikian adanya, bahawa setiap orang Islam itu hendaknya.

         Sesungguhpun demikian, jika sampai berlaku keadaan darurat, maka dalam pandangan Islam, darurat itu mempunyai hukum tersendiri. Sehubungan dengan ini, al-Qardhawi mengatakan seandainya arak atau ubat yang dicampur dengan arak itu boleh dinyatakan sebagai ubat untuk sesuatu penyakit yang sangat membahayakan kehidupan manusia, sedangkan dalam masa yang sama dia tidak memperolehi ubat lain kecuali ubat tersebut, serta telah memperolehi pengesahan daripada doktor muslim yang mahir dalam ilmu kedoktoran dan bersifat ghairah(cemburu) terhadap agamanya, maka dalam keadaan demikian, dalam kaedah agama yang sentiasa memberi kemudahan, maka berubat dengan arak itu tidaklah dilarang, dengan syarat benar-benar hanya diperlukan untuk ubat, tidak lebih dari itu, sesuai dengan firman Allah Taala yang berbunyi:

Ç`yJsù §äÜôÊ$# uŽöxî 8ø$t/ Ÿwur 7Š$tã ¨bÎ*sù š­/u Öqàÿxî ÒOÏm§ ÇÊÍÎÈ
Barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa, sedang Dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, Maka Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".                                    (Surah Al-An’am:145)

            Demikian pendapat Syeikh Yusuf al-Qardhawi dalam buku beliau al-Halal Wa al-Haram Fi al-Islam.

Resolusi yang dikeluarkan oleh Nadwah Fiqh Perubatan kali ke lapan anjuran Pertubuhan Ilmu-Ilmu Perubatan Islam yang berlangsung di Kuwait (dari 22-24 hb Mei 1995) mengatakan bahawa:

            Bahan alkohol tidak najis dari segi syara’, berdasarkan kepada perakuan yang lalu, yang berasaskan kepada prinsip asal sesuatu itu adalah suci, samada alkohol itu sahaja atau telah dicampurkan dengan air, kerana menerima pakai pandangan ‘ulama’ yang menghukumkan kenajisan arak dan lain-lain  bahan yang memabukkan, hanyalah berbentuk ma’nawi dan bukannya hissi, kerana ia dianggap sebagai benda kotor yang menjadi kesukaan syaitan. Dari itu tidak menjadi kesalahan dari segi syara’, menggunakan alkohol dari sudut perubatan sebagai bahan pencuci kulit, kecederaan, ubat-ubatan dan pembunuh kuman.

            Selain itu, sebagaiman yang diketahui umum, kebanyakkan ubat-ubatan dalm bentuk cecair dimasukkan kuantiti kecil alkohol Athyl di dalam pemprosesannya, bagi tujuan menjaga atau melarut sesetengah bahan tertentu yang diambil daripada tumbuh-tumbuhan, organ atau kimia yang telahpun diproses yang tidak larut dalam air.

            Ubat-ubatan ini dikeluarkan untuk tujuan rawatan perubatan kepada pesakit dan digunakan berdasarkan nasihat doktor. Ia diambil dalam beberapa sudu minuman dalm kuantiti yang kecil, yang tidak mungkin menyebabkan penyakit mabuk. Kalau seseorang ingin meminum ubat-ubatan tersebut di dalam kuantiti yang banyak, sehingga memabukkannya dan meninggal dunia, meninggalnya itu adalah kerana disebabkan keracunan ubat dan bukannya kerana mabuk itu.

            Berhubung dengan hukum syara’ di dalam mengambil ubat-ubatan yang mengandungi kuantiti kecil alkohol, di mana masyarakat perlu mengambilnya (berubat dengannya) di dalam kuantiti tersebut dan tidak digunakan untuk memabukkan diri sebaliknya sebagai bahan penenang sahaja, ada tiga pandangan ulama’ tentangnya:

Pendapat Pertama:
           
            Harus meminum ubat-ubatan tersebut di dalam keadaan biasa dan normal (bukan dalam keadaan terpaksa dan dharurat kerana tidak ada bahan lain) kerana kuantiti alkohol yang lemah yang terdapat di dalamnya , telahpun larut di dalam cecair yang banyak yang bercampur dengannya dan tidak ada lagi sebarang rasa, warna dan juga bau. Sebelum ini kita telahpun menjelaskan di dalam perbicaraan tentang teori Al-Istihlak, apabila bahan yang haram atau najis yang larut di dalam air atau cecair yang banyak, sehingga tidak ada lagi sebarang kesan, warna atau bau, menjadi benda halal yang baik menurut kebanyakkan ulama’.

            Ibnu Taimiyyah misalnya pernah membuat komentar antara lain beliau menyatakan: “Allah S.A.W mengharamkan benda-benda yang kotor termasuklah darah, bangkai, daging khinzir dan lain-lain. Antara bahan-bahan ini jatuh kedalam air atau lain-lain dan larut, tidak ada lagi sebarang darah, daging khinzir dan bangkai. Sebagaimana arak apabila larut di dalam cecair, orang yang meminumnya tidak dinamakan sebagai peminum arak.”
            Ibnu Hazm pula menyatakan: “Masalah: Tidak halal memakan sesuatu yang diuli dengan arak atau sesuatu yang tidak halal dimakan atau diminum…….kecuali yang digunakan untuk menguli gandum atau memasak makanan itu, ia adalah halal. Begitu juga dengan sesuatu yang haram yang dicampakkan ke dalam periuk tetapi sedikit yang tidak mempunyai bau, rasa dan juga warna dan aspek yang haram itu langsung tidak memberi kesan, ia juga dikira sebagai halal di waktu itu.”

Pendapat Kedua:
            Harus meminumnya di dalam keadaan normal dan biasa, walupun alkohol itu tidak larut di dalam ubat-ubatan, berdasarkan kepada mazhab Abu Hanifah dan Abu Yusuf yang menghalalkan mengambil minuman yang diperbuat daripada buah-buahan yang bukan anggur dan tamar, dengan tujuan menguatkan badan dan berubat, asal sahaja tidak sampai ke tahap memabukkan. Ini memandangkan alkohol Athyl yang digunakan dalam industri ubat-ubatan hari ini, tidak diperolehi daripada anggur mahupun tamar, sebaliknya daripada bahan-bahan lain yang melibatkan proses tidakbalas kimia, gula tau gas tabi’i.

            Sekiranya alkohol yang digunakan didalamnya, diambil daripada anggur atau tamar, tidak harus kepada pesakit mengambilnya, kecuali doktor yang adil menjelaskan itu sahaja ubat-ubatan yang boleh digunakan sebagai bahan rawatan utnuk penyakit tersebut. Kerana berubat dengan benda yang haram, adalah harus menurut kacamata ulama’ mazhab Hanafi, jika diketahui ia boleh menyembuhkan penyakit terlibat dan dalam masa yang sama, tidak ada ubat-ubatan lain yang halal, yang boleh mengambil tempat ubat-ubatan yang mengandungi alkohol itu.

Pendapat Ketiga:
            Harus meminum ubat-ubatan tersebut di dalam keadaan dharurat berdasarkan kepada mazhab As-Syafie yang berpendapat, arak yang telah pun larut bersama dengan ubat-ubatan yang lain, boleh digunakan untuk berubat dengannya, jika diketahui manfaatnya, berdasarkan kepada nasihat dari doktor yang dipercayai lagi amanah dan itulah sahaja ubat-ubatan yang mampu menyempurnakan penyakit dan tidak ada ubat-ubatan lain yang halal.

            Pandangan ini merupakan pandangan fiqh yang paling sempit di dalam masyarakat tersebut. Berdasarkan kepada pandangan inilah, diekemukan resolusi nombor (11) oleh Majlis Akademi Fiqh Islam yang berpusat di Jeddah di dalam pusingannya yang ketiga (Oktober 1986) teksnya ialah sebagaimana berikut:
            “Diharuskan kepada pesakit yang  beragama islam mengambil ubat-ubatan yang mengandungi kuantiti tertentu alkohol jika tidak didapati ubat-ubatan lain yang bersih daripadanya atas nasihat doktor yang dipercayai lagi amanah.”

            Melihat kepada ijtihad-ijtihad di atas, pandangan-pandangan fiqh dan sandarannya, reality pengeluaran ubat-ubatan yang mengandungi kuantiti tertentu alkohol untuk tujuan-tujuan yang telah dijelaskannya, jelas pendapat yang boleh diterimapakai pada pandangan pengarang, Dr Nazih Hammad(2004)dalam bukunya yang bertajuk Penggunaan Bahan-Bahan yang Haram & Najis Dalam Makanan dan Ubat-Ubatan berpendapat yang mengatakan harus meminum ubat-ubatan tersebut dengan tujuan menyembuhkan penyakit walaupun tidak berada dalam keadaan dharurat tetapi perlu beriltizam dengan batas-batas syara’. Walaubagaimanapun, ia terikat dengan sejauh mana alkohol itu larut di dalam ubat-ubatan dan tidak ada lagi sebarang kesan rasa, warna dan juga bau, berdasarkan teori Al-Istihlak yang diakui oleh syara’. Begitu juga jika alkohol itu tidak larut di dalamnya, berdasarkankepada mazhab Abu Hanifah dan Abu Yusuf, kerana alkohol di zaman ini, tidak lagi diproses daripada buah anggur dan juga tamar.

            Walau bagaimanapun hukum yang menghalalkannya, wajib dikaitkan dengan keadaan “mengambil sedikit alkohol itu tidak menimbulkan kemudharatan kepada pesakit atau janin”. Jika menimbulkan kemudharatan kepada pesakit dan janin (sebagaimana berlaku kepada kanak-kanak dan wanita hamil, dimana terbukti menurut ilmu perubatan, alkohol boleh memudharatkan kanak-kanak yang mengambilnya dan bayi di dalam kandungan jika ibu yang mengandung meminumnya, walaupun di dalam kuantiti yang sedikit), haram ketika itu mengambilnya bukan di atas dasar ianya alkohol, tetapi atas dasar menimbulkan kemudhratan kepada kesihatan tubuh badan.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda maksudnya:
“Tidak ada kemudharatan di dalam islam dan tidak memudharatkan orang lain”

            Di dalam resolusi Nadwah Fiqh Perubatan kali kelapan anjuran Pertubuhan Ilmu-Ilmu Islam yang berlangsung di Kuwait dengan kerjasama Universiti Al-Azhar, Akademi Fiqh Islam di Jeddah, Pejabat Cawangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang berpusat di Iskandariyyah dan Kementerian Kesihatan Kuwait    (Mei 1995) memutuskan:

    Oleh kerana alkohol merupakan bahan yang memabukkan, haram menggunakannya. Apabila didapati ubat-ubatan yang tidak melibatkan alkohol di dalam pemprosesannya, lebih-lebih lagi ubat-ubat untuk kegunaan kanak-kanak dan juga wanita hamil, tidak menjadi halangan dari segi syara’, mengambil ubat-ubatan yang dibuat di kilang sekarang, walaupun di dalam proses pembuatannya, mengandungi kuantiti kecil alkohol untuk tujuan menjaga atau melarutkan sesetengah bahan ubat-ubatan yang tidak larut dalam air, dengan syarat alkohol yang terkandung di dalamnya hendaklah alkohol yang tidak digunakan sebagai bahan penenang, sekiranya tidak ada ubat-ubatan lain yang boleh digunakan.

Kesimpulannya: Al-Quran, Al-Hadis & Ijtihad para umala' dijadikan hujah dalam kehidupan kita...InsyaAllah



Rujukan:

Al-Quran Al Karim
Abdulrahman Al-Baghdadi (1994). Khinzir. Kuala Lumpur : Al-Ramadhan.
Akmal Hj Mhd. Zain (2007). Halal dan Haram Dalam Kehidupan. Kuala Lumpur
          Wilayah Persekutuan : Al-Hidayah Publications.
Dr Danial Zainal Abidin (2003). Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden. Batu Caves, Selangor Darul Ehsan : PTS Publications & Distributors.
Dr Mustafa Al-Khin, Dr Mustafa Al-Bugha dan ‘Ali Al-Sharbaji (2005). Manhaj Fiqh Al-Syafie. Negeri Sembilan : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan.
Dr Nazih Hammad (2004). Penggunaan Bahan-Bahan Yang Haram dan Najis Dalam
          Makanan dan Ubat-Ubatan : Al-Hidayah Publishers.
Dr Yusuf Al-Qardhawi (2010). Al-Halal wa Al-Haram Fi Islam. Bandar Baru Bangi Selangor : Darul Syakir Enterprise.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (2006). Panduan Halal dan Haram. Sungai Pinang,
          Pulau Pinang : Jutaprints.
Ahmad Muhaimin bin Mustafa. http://tibbians.tripod.com/muhaimin.pdf. Diakses pada 26 Ogos 2012.
Dr Danial. http://drdanial.faithweb.com/Alkohol%20Dalam%20Ubatan.htm. Diakses pada 3 September 2012.
Drs. Khalil Idham Lim. http://idhamlim.blogspot.com/2010/08/penggunaan-alkohol-dalam-makanan-ubat.html. Diakses pada 9 September 2012.
Firdaus Khalil Al-Bakri Al-Azizi. http://firdauskhalil.wordpress.com/2012/08/10/penggunaan-alkohol-dalam-perubatan/. Diakses pada 10 September 2012.
            Diakses pada 1 September 2012.
Tiada Penulis. http://www.e-fatwa.gov.my/kategori-fatwa/perubatan?page=1. Diakses pada 18 Ogos 2012.