Selangkah Kehadapan

Bismillah..
Tidak ku sangka begitu cepat masa berlalu. Hari menghitung hari tinggal setahun lagi untuk meneruskan pengajian di institut pendidikan guru ini. Selepas ini akan bekerja untuk mendidik ummat. Pengalaman hampir 4 tahun setengah di sini begitu banyak mengajarku erti sebuah kehidupan yang sebenar. Walaupun belum dibebani dengan tanggungjawab sebagai suami dan ayah lagi, tanggungjawab sebagai pelajar dan anak sudah cukup menggambarkan begitu berat amanah yang Allah berikan kepada umat manusia. Patutlah gunung tidak mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi.

   Jika dilihat akan jumlah pertambahan penduduk di Malaysia, kebanyakan mereka yang mempunyai bertambahan yang agak ramai yakni dengan melahirkan anak ramai adalah negeri-negeri seperti KELANTAN, TERENGGANU dan lain-lain negeri. Pernah satu ketika terdetik di fikiran, kenapa mereka inginkan anak yang ramai. Ada yang memberi sebab kerana ingin menambahkan lagi ummat NABI MUHAMMAD s.a.w. Benar, dengan kekuatan jumlah yang amat memberangsangkan ini sangat berguna andai dididik sebaik-baiknya. Mereka inilah yang akan memperjuangkan ISLAM.

  Anak itu anugerah ilahi. Doa anak soleh juga tergolong antara yang dibawa sampai ke sana. Pentingnya didikan Islam kepada anak-anak ini. Andai tersilap didikan dan menggunakan jalan yang salah, maka ia bagaikan tidak memberi makna sedikit pun malahan ibu bapa pula yang akan disoal kelak atas kecuaian tidak melaksanakan tanggungjawab mendidik anak-anak dengan agama sebaiknya.

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Penjaganya adalah malaikat-malaikat yang kasar,yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."
- Al-Tahrim : 6
 
Tugas dan Tanggungjawab
    Seorang lelaki diamanahkan untuk menjadi anak yang soleh, abang, adik, ayah, atok dan macam-macam lagi. Bukan sekadar itu gelaran yang diberikan kepada kaum ADAM ini, namun juga dihadiahi dengan tanggungjawab yang besar untuk menjadi pemimpin. Menjadi sebesar-besar pemimpin hinggalah menjadi sekecil-kecil pemimpin. Tanggungjawab seorang ayah kepada anak perempuannya, tanggungjawab seorang abang atau adik kepada adik-beradik perempuannya, tanggungjawab suami kepada isterinya, tanggungjawab anak lelaki kepada ibunya..Banyak lagi.

    Dilahirkan manusia dimuka bumi tidak lain dan tidak bukan hanya untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Tiga tanggungjawab asas yang perlu diketahui oleh semua ummat islam adalah sebagai HAMBA , DAIE dan KHALIFAH di muka bumi ini. Barang siapa yang mengucapkan kalimah tiada tuhan melainkan ALlah  dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, dan mereka adalah DAIE.

Realiti Situasi Masyarakat Kini

    Statistik jumlah pendaftaran anak luar nikah semakin meningkat menunjukkan seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010. Sabah mencatat angka tertinggi dengan (41,490) orang, diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570). Jumlah ini bukan rekaan semata-mata, jumlah merupakan data yang diambil daripada pihak yang bertanggungjawab untuk merekodkannya. Langsung tidak terkejut memandangkan akhir-akhir ini masalah pembuangan bayi amat rancak dijalankan. Rata-rata bulan yang dipilih untuk melahirkan bayi yang tak bersalah ini adalah bulan antara bulan OGOS  hingga bulan NOVEMBER.

  Pernah tak terfikir, kenapa bulan ini begitu popular berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Inilah dikatakan anak-anak hasil cintakan negara dan anak-anak hasil suci dan tegarnya hubungan sebuah percintaan. ANAK-ANAK HASIL MALAM TAHUN BARU DAN VALENTINE DAY. Tanda kasihnya mereka terhadap hasilnya, anak-anak ini dibuang untuk menghilangkan rasa malu empunya perbuatan. Ini baru dikaitkan dengan masalah pembuangan bayi dan anak luar nikah, belum disentuh akan masalah jenayah yang melibatkan golongan bawah umur. Pelajar-pelajar sekolah yang terlibat dengan masalah jenayah dadah dan banyak lagi.

Kesan Generasi Masa Depan

   Ketika generasi muda kini yang semakin ramai mengenal islam, dalam masa yang sama generasi muda di bawahnya semakin tidak tahu hala tuju. Golongan yang dibahagi kepada 3 iaitu golongan dewasa dan tua, golongan pemuda dan pemudi, dan golongan remaja dan kanak-kanak. Anak-anak tidak bersalah ini akan membesar dan semakin membesar mengjalankan kehidupan seperti biasa. Namun kekurangan daripada faktor persekitaran dan baka akan sedikit sebanyak menjejaskan kronologi kehidupan mereka. Tidak tahu akan nasad keturunan mereka. Aspek rohani, emosi, jasmani, spiritual semuanya terjejas.

  Bila nama tiada ayah, kawan-kawan ada yang mengejek. Takut untuk menghadapi orang ramai. Tidak terlepas jua akan mengalami masalah disiplin di sekolah kelak. Hal inilah yang membimbangkan generasi guru akan datang. Kami guru-guru pelatih telah membayangkan menghadapi golongan ini. Jika statistik dikira sejak 2008 dan 2010 kini menghampiri 2012. Maka sekarang lingkungan umur 4 tahun. 3 tahun lagi akan masuk ke bangku sekolah, kamilah yang menjadi guru-guru kepada mereka kelak.

Peranan Pendidik

 Semua guru perlu bersedia menghadapi golongan ini. Persediaan mental,fizikal dan berjiwa kental perlu lebih ditekankan. Menghadapi dengan murid-murid yang bermasalah kebanyakannya berpunca daripada rumah dan keluarga. Sejajar dengan itu, guru bukan sahaja berperanan untuk mengajar subjek semata-mata. Tugas guru itu mendidik, mendidik ummat. Andai tidak cukup dengan didikan di rumah, sekolahlah menjadi tempat didikan sebenar mereka. Haruslah guru mengetahui asal usul anak didik mereka. Dengan mengetahui latar belakang anak didik mereka terlebih dahulu, kita dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi dan bagaimana strategi, kaedah dan pendekatan yang ingin digunakan. Jagalah hati dan perasaan mereka andai kita ingin mengdekati mereka. Jangan pilih kasih. Jangan pandang asal usulnya , pandanglah masa depan mereka.

   Mendidik anak bangsa agar mengenal akan matlamat sebenar kita dilahirkan. Bukan kejayaan dunia sahaja kita inginkan, malahan kejayaan akhirat jua jangan diabaikan. Tidak rugi sedikit pun andai kita bersungguh-sungguh untuk melahirkan insan yang berguna walaupun bukan anak kita sendiri. Yang pasti saham akhirat kita akan terus bergerak dan bertambah. Percubaan Kementerian Pendidikan mengenakan 9 jam waktu kerja bagi guru di 4 buah negeri yang terpilih memberi kejutan yang besar. 9 jam disekolah bukan sahaja memberi bebanan pada guru tetapi sedikit kebaikan bagi guru mengorbankan diri demi murid-murid tercinta. Bina hubungan baik dengan murid. Jangan terus menghukum sebelum menyiasat. Andai murid bermasalah, siasat latar belakangnya terlebih dahulu.

  Lahirnya anak adam dimuka bumi dalam keadaan suci bersih, ibu bapalah yang mencoraknya. Setelah tugas ibu bapa, tugas ini jatuh di bahu  guru. Waktu bersama guru lebih lama berbanding ibu bapa. Sebarkan fikrah ISLAM terhadap anak-anak didik kita. Kenalkan mereka dengan ISLAM SEBENAR-BENARNYA barulah mereka mengenal yang mana hak dan yang mana batil. Jangan takut sebarkan ISLAM. Allah sentiasa bersama orang-orang yang membantu agamanya.

  Kepada bakal-bakal guru baru akan keluar tidak lama lagi. Aplikasi kembali apa yang dipelajari berkenaan teori-teori dan kaedah penyebaran ilmu yang sewajarnya. Iklaskan kerana Allah untuk mengdidik ummat untuk mengenal YANG MAHA PENCIPTA. Anak-anak ini sedang proses perkembangan, ilmu-ilmu yang baik agak mudah lagi untuk melekat pada hati-hati yang masih bersih. Gunakan kesempatan itu, 'melentur buluh biarlah daripada rebungnya'.

 
Reactions: 

0 comments: