:: Lumrah Hidup ::



Sabda Rasulullah s.a.w:
"Hindarilah zina sebab ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir & mengurangi

umur sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka."
(Hadis riwayat Baihaqi)

Sebenarnya Islam tidak memusuhi cinta. Malah Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia. Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita,Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara,tentulah ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin,ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan.

Sabda Rasulullah saw :
Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah
(Ibni Majah)

Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.

Allah S.W.T berfirman :

“Dan tidak ada dosa kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengahwini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kawin dengan mereka secara rahsia, kecuali sekadar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang maaruf..”
(Al-Baqarah : 235)




Reactions: 

3 comments:

Pedamba Cinta Penuh Mahabbah said...

Bagaimankah caranya jika kita tlah jatuh cinta padahal ktika itu kita blum mmpunyai apa2 kmapuam untuk bkhwin?hhehehehehhe

Pedamba Cinta Penuh Mahabbah said...

Cinta pada yang Esa...

Murabbi Peez said...

Saudara Pendamba Cinta Penuh Mahabbah:lihat balik hukum berkahwin..ada kalanya telah jatuh hukum Wajib kepada,ade juga Sunat,Makruh,Haram dan harus...jatuh cinta tidak salah..tp adakah cinta kita itu boleh menyebabkan cinta kepada Pencipta semakin jatuh..ingat sebelum jauh cinta kepada manusai...berusahalah terlebih dahulu untuk jatuh cinta kepada Allah SWT dan rasulNya...