::Abah & Ma::


Coretan ini khas untuk ma & abah::



-Doa untuk ma & abah sentiasa bersamaku-

KATA-KATA YANG MEMBUAT RAMAI SEBAK

» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
      » Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
  » Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
           » Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
            » Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham
          » Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.




- Raya 2011-

Tetapi


       » Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
               » Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”
» Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
                       » Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
            » Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.



-my dad & my mum-


:: Fikir-Fikirkanlah ::

:: Saya bangga mempunyai abah dan ma yang penyayang ::
Reactions: 

1 comments:

snf said...

buat yang terbaik untuk mereka:-)