Berhati-hati Di Jalan Raya

Akhir-akhir ini banyak kejadian yang tidak diingini berlaku. Sekiranya pelajar-pelajar yang berada di Mesir, Turnisia, dan Libya menghadapai pergolakan dengan rusuhan, manakala pelajar Jepun dengan masalah bencana alam Tsunami. Di dada akhbar berita IPG pula memaparkan 4 orang pelajar IPG Sultan Mizan besut maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan kenderaan pensyarah mereka di Kilometer 12, Lebuh Raya Timur-Barat pada 10 Mac 2011 yang lalu. Berita disini.


Alhamdulillah pelajar IPG KPI selamat sampai ke kampung halaman masing-masing. Namun perlu diingatkan dalam kita bergembira dalam cuti sekolah ini jagalah diri kalian sebaik-baiknya. Ingatlah orang tersayang. Teringat pesanan orang-orang tua, jangan galok(gembira bergurau senda) sangat nanti jumpe golok. (versi klantan or terngganu).

Ajal maut itu ditangan Tuhan. Institut kita hampir setiap tahun ada pelajar yang meninggal dunia. Dengan itu, sayangilah diri anda, ketika berada di jalan raya berhemahlah, biar lambat asal selamat. Sekiranya sakit segeralah berjumpa doktor. 


Selamat bercuti dengan keluarga tercinta. Bagi mereka yang tidak pulang berharap bersabar dan manfaat cuti sebaiknya. Bagi mereka yang mempunyai urusan dengan pihak institut, semoga pengorbanan kalian diberkati Allah.


Pesanan Penaja


BERHATI-HATI DIJALAN RAYA
MANFAATKAN WAKTU CUTI DENGAN SEBAIKNYA

YDP IPG KPI



0 comments: