Laman Web JPP 2011/2012

Bermotokan "Reformasi Kepimpinan Menjana Transformasi", JPP 2011/2012 telah sepakat membina satu lagi laman web rasmi JPP bagi meluaskan lagi sayap perhubungan antara JPP dan pelajar IPG KPI. Di samping itu, laman web ini juga mampu menjadi alat penyampai maklumat dan penghubung dengan IPG-IPG yang terdapat di Malaysia.

Majlis pelancaran laman web JPP, identiti JPP dan Majalah An-Nur dijalankan secara serentak.Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah IPG KPI iaitu Tuan Haji Osman Bin Hussain.

Laman web JPP 2011/2012 selamat dirasmikan pada 12 April 2011


Tidak dilupakan juga dengan blog JPP yang sedia ada.



Semoga dengan adanya laman ini mampu menyampaikan sedikit sebanyak makluman dan laporan yang diadakan sepanjang tampuk kepimpinan JPP 11/12.

0 comments: