Praktikum Pertamaku

Alhamdulillah, akhirnya aku telah menghabiskan praktikum buat kali pertama di Sekolah Kebangsaan Laftenan Adnan. Praktikum yang bermula 21 Mac hingga 15 April banyak memberi pengalaman. Sebelum ini hanya menjalankan PBS, sekarang merasa sendiri bagaimana kehidupan menjadi seorang guru ataupun murabbi. Guru yang sebenar dan guru praktikum memang ada bezanya.

Murabbi Peez

Mengajar murid tahun 2 Brilliant dan 2 Excelent memang banyak kerenahnya. Sampai x terlayan dibuatnya. Agaknya begitulah perasaan cikgu aku masa kecil-kecil dulu.



Sebelum melangkah kaki terakhir di sekolah itu, rupa-rupanya diri ini dihargai oleh warga SKLA





Terima kasih murid-muridku

Sebagai bakal guru yang menjawat jawatan sebenar perlu diingatkan keikhlasan dalam mendidik itu sangat penting.

Imam Al-Ghazali menyebut bahawa:

“Wajib membetulkan niat murid-murid, maka wajib juga membetulkan niat guru, bahkan itu adalah lebih penting kerana ibadat mengajar lebih penting daripada ibadat belajar.

0 comments: