Praktikum Pertamaku

Alhamdulillah, akhirnya aku telah menghabiskan praktikum buat kali pertama di Sekolah Kebangsaan Laftenan Adnan. Praktikum yang bermula 21 Mac hingga 15 April banyak memberi pengalaman. Sebelum ini hanya menjalankan PBS, sekarang merasa sendiri bagaimana kehidupan menjadi seorang guru ataupun murabbi. Guru yang sebenar dan guru praktikum memang ada bezanya.

Murabbi Peez

Mengajar murid tahun 2 Brilliant dan 2 Excelent memang banyak kerenahnya. Sampai x terlayan dibuatnya. Agaknya begitulah perasaan cikgu aku masa kecil-kecil dulu.



Sebelum melangkah kaki terakhir di sekolah itu, rupa-rupanya diri ini dihargai oleh warga SKLA





Terima kasih murid-muridku

Sebagai bakal guru yang menjawat jawatan sebenar perlu diingatkan keikhlasan dalam mendidik itu sangat penting.

Imam Al-Ghazali menyebut bahawa:

“Wajib membetulkan niat murid-murid, maka wajib juga membetulkan niat guru, bahkan itu adalah lebih penting kerana ibadat mengajar lebih penting daripada ibadat belajar.

Laman Web JPP 2011/2012

Bermotokan "Reformasi Kepimpinan Menjana Transformasi", JPP 2011/2012 telah sepakat membina satu lagi laman web rasmi JPP bagi meluaskan lagi sayap perhubungan antara JPP dan pelajar IPG KPI. Di samping itu, laman web ini juga mampu menjadi alat penyampai maklumat dan penghubung dengan IPG-IPG yang terdapat di Malaysia.

Majlis pelancaran laman web JPP, identiti JPP dan Majalah An-Nur dijalankan secara serentak.Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah IPG KPI iaitu Tuan Haji Osman Bin Hussain.

Laman web JPP 2011/2012 selamat dirasmikan pada 12 April 2011


Tidak dilupakan juga dengan blog JPP yang sedia ada.



Semoga dengan adanya laman ini mampu menyampaikan sedikit sebanyak makluman dan laporan yang diadakan sepanjang tampuk kepimpinan JPP 11/12.

Hari Bersama Pelanggan JPP 2011/2012

Alhamdulillah..tahniah kepada semua tenaga kerja yang menjayakan Hari Bersama Pelanggan JPP 2011/2012. Pengorbanan dan kerjasama kalian semua amat dihargai. Seperti yang termaktub dalam Piagam Pelanggan JPP.


Kami barisan pimpinan JPP sesi 2011/2011 dengan penuh iltizzam dan penuh kesungguhan berikrar dan berjanji akan mengembeleng seluruh tenaga dan fikiran kami untuk:

  • Memberi perkhidmatan yang mesra ikhlas dan berkualiti kepada semua warga IPG KPI pada setiap masa.
  • Menyediakan keperluan asas dan sampingan bagi para pelatih yang tinggal di kolej kediaman.
  • Memastikan pengendalian perhimpunan umum dan majlis rasmi yang professional dan sistematik.
  • Menganjur dan membudayakan pelbagai majlis ilmu yang boleh mencerna minda, sahsiah dan keperibadian muslim.
  • Memastikan semua pelatih islam berpakaian mengikut etika pakain yang telah ditetapkan syariat.
  • Memastikan aduan yang dikemukankan oleh pelatih dapat deselesaikan dalam kadar mesra dan segera.

Sekitar Hari Bersama Pelanggan 2011/2012

Timabalan Pengarah merasmikan Hari Bersama JPP 2011/2012

Timabalan dan YDP JPP 2011/2012 memantau setiap Biro Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
 Antara lokasi pameran yang mendapat perhatian
Timbalan dan Dr Mohamad Hussin mencuba bermain alatan perkomperi

Semoga dengan adanya Hari Bersama pelanggan ini, warga IPG KPI dapat mengemukakan aduan dengan mudah dan menyerahkan dengan mesra. Di samping itu, dapat mengeratkan lagi silatulrahim antara JPP 2011/2012 dengan semua warga IPG KPI yang disayangi. Kami mendengar suara kalian. Sama-sama kita dalam meningkatkan lagi prestasi dan kualiti gerak kerja dan pelaksanaan sesuatu perkara. 

"REFORMASI KEPIMPINAN MENJANA TRANSFORMASI"

YDP IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM